HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Disember 2011

Adam Adli: Wajah Malaysia yang baru

Maclean Patrick, Malaysia Chronicle


UMNO dan presidennya yang lembap, Najib Razak telah ketinggalan peluang untuk mendekati komuniti pelajar universiti di Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa revolusi-revolusi besar telah dilancarkan oleh anak-anak muda yang menuntut di universiti-universiti. Dahulu, pelajar universiti jugalah yang telah mengetuai bantahan terhadap Perang Vietnam di Amerika. Pelajar universiti juga telah menyokong revolusi di dunia Arab. Dan di universiti-universitilah tempatnya dimana politik negara dibentuk dan diacu.

Pemikiran keterbelakang

Perbuatan mengancam Adam Adli, pelajar yang menurunkan bendera sia-sia Najib di ibu pejabat UMNO menunjukkan kemunduran pemikiran UMNO sendiri. Sebaliknya UMNO mula mengancam Adam. Tanpa percubaan untuk memahaminya, UMNO bertindak balas dengan memarahi dan cuba berniat jahat terhadap Adam. Sememangnya, ini adalah UMNO - pembuli terbesar di Malaysia.

Adam Adli merupakan salah seorang ahli gerakan mahasiswa yang membantah terhadap kezaliman Akta Universiti dan Kolej pada Sabtu lepas. Apa yang dia dan gerakan mahasiswa itu lakukan lebih ringan berbanding tindakan penyokong UMNO. Adam menurunkan bendera Najib hanya 5 minit, dan kesudahannya dia dikenakan tindakan disiplin oleh UPSI dan dilabelkan sebagai kurang ajar dan juga telah diugut untuk dicederakan.

Bandingkan ini dengan akhbar Utusan Malaysia, yang sentiasa memfitnah orang Kristian antaranya ialah keinginan melantik seorang Perdana Menteri Krisitan. Bagaimana pula dengan tindakan pemimpin UMNO Pulau Pinang yang menghantar kek dalam bentuk najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sempena hari jadi Ketua Menteri? Atau 50 orang penunujuk perasaan UMNO yang berarak dengan membawa kepala lembu untuk dibuang di sebuah kuil Hindu di Shah Alam?

Bagaimana pula dengan tindakan Hishammuddin Tun Hussein, sebagai Ketua Pemuda UMNO, yang menghayunkan keris semasa Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2005, sambil memberi ‘motivasi’ kepada orang Melayu untuk ‘terus kekal’, sambil menafikan ia adalah simbol ketuanan Melayu.

Apa pula ceritanya dengan tukang karut UMNO, Perkasa dan presidennya Ibrahim Ali, yang sentiasa memperbodohkan orang Malaysia dengan menegaskan bahawa orang bukan Melayu di Malaysia adalah musuh dan merupakan ancaman kepada orang Melayu? Tidakkah seharusnya orang-orang UMNO juga bertindak balas terhadap Perkasa yang menganggap orang Melayu bodoh dan mudah dipengaruhi?

Adalah jelas bahawa selagi UMNO dan puaknya yang membuli; semuanya dibenarkan. Tetapi bila UMNO yang kena, mereka akan bertindak balas dengan kasar dan ganas.

Adam Adli menerima sahaja amarah UMNO, yang mengetuai cara untuk melemahkan dan membisukan golongan muda. Dan dengan reaksi sedemikian dari UMNO, kita telah diberi peluang untuk menyaksikan bagaimana mereka akan mengendalikan Malaysia di era baru nanti.

Malaysia di era baru patut diketuai oleh orang-orang seperti Adam Adli. Ia akan dipandu oleh golongan bukan ekstrim, pemikir, belia proaktif dan innovatif yang mempunyai perspektif yang lebih luas terhadap dunia. Warga yang tahu tentang hak-hak perlembagaan mereka dan berusaha untuk mencapai kebaikan demi rakyat jelata. Malaysia itu nanti adalah sebuah negara yang berani menyatakan pendiriannya, walaupun baik atau sebaliknya.

Malaysia baru tidak takut untuk teguh berdiri demi membuat perbaharuan dalam sistem politik. Malaysia yang baru mempunyai pendekatan yang bermula dari bawah ke atas untuk demi pembaharuan dalam kerajaan. Demokrasi yang ideal, di mana suara rakyat yang mendorong ahli-ahli politik untuk membuat dasar didengari. Bukan sebaliknya, dimana ahli-ahli politik membuat dasar untuk menyekat rakyat.

Ia adalah satu era dimana ketelusan dan wancana intelektual diadakan . Dan dalam era baru ini, tiada ruang untuk orang-orang seperti UMNO, yang enggan mengubah sikap dan pemikiran mereka. UMNO tidak boleh wujud di dunia moden ini.Ia tidak akan boleh wujud dalam dunia di mana rakyat dalah ketua, dan UMNO adalah bekerja untuk rakyat.

Reaksi UMNO terhadap pelajar yang menurunkan bendera wajah Presiden adalah serupa bagaimana ketua Korea Utara disembah oleh rakyatnya. Malangnya hanya ahli UMNO sahaja yang percaya pada ketuhanan presiden. Bagi majoriti rakyat Malaysia, ianya tidak masuk akal bahawa Adam Adli perlu dihukum semata-mata meluahkan pandangan beliau melalui perbuatan simbolik ini.

Maka, kita boleh membuat kesimpulan bahawa reaksi itu akan lebih hebat apabila UMNO kehilangan hak mentadbir kerajaan persekutuan. UMNO akan memusuhi rakyat Malaysia apabila mereka dikalahkan pada PRU ke-13. Sekarang, mereka sudah pun menjadikan belia kita sebagai sasaran! Tahulah kita sekarang siapa pembawa masalah sebenar di Malaysia! Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: