MALAYSIA KINI
Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang yang didakwanya mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen "Bebas Anwar 901"."Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan)," katanya kepada Bernama hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Januari ini.
Razali yang juga timbalan menteri belia dan sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku.
"Kes ini sudah berlarutan...dia (Anwar) tidak minat untuk mempertahankan diri apabila diberi peluang untuk merayu di kandang tertuduh, kenapa rakyat perlu pertahankan beliau," katanya.
Razali turut meminta generasi muda supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan itu kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah baik melainkan hanya membuang masa, tenaga dan wang ringgit.
"Gunakanlah kematangan dan kebijaksanaan untuk menyatakan pendirian. Kita kena tolak usaha-usaha yang merugikan," katanya. Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan