HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Disember 2011

Demo Protes di Kota Raja - PAS dakwa Provokasi Jahat MIC .

Radhi Razak

alt



KUALA LUMPUR - PAS Kota Raja menganggap insiden tunjuk perasaan yang berlaku , menyerang Ahli Parlimen Kota Raja dan ADUN Seri Muda sebagai provokasi yang sengaja dirancang MIC bagi menjatuhkan Kerajaan.

Ini diperakui sendiri Ahli Parlimen Kota Raja sendiri, YB. Dr. Mariah Mahmud yang jelas memperlihatkan wayang MIC sudah bermula kerana mahu merampas kerusi yang dipegang olehnya itu.

Dr. Mariah dalam kenyataan ketika menghubungi KL POS menjelaskan, beliau musykil dengan serangan tersebut yang diketuai oleh seorang yang bukan penduduk kawasan tersebut. Malah individu yang mengetuai tunjuk perasaan itu merupakan seorang bekas Ketua Bahagian PKR Jerai B.Kalaivanar yang dikenalpasti pernah melakukan provokasi jahat ketika Pilihan Raya Kecil DUN Selambau sebelum ini.

alt

B.Kalaivanar telah mengumumkan bertindak keluar PKR pada Pilihan Raya kecil DUN Selambau kerana didakwa tidak berpuas hati dengan masalah kepimpinan parti tersebut. Beliau kini dakwa Dr. Mariah menjadi alat MIC dengan mengadakan ceramah-ceramah membuat penipuan dan menabur fitnah terhadap kepimpinan Pakatan.

"Kesemua 60 penduduk itu juga dikenalpasti merupakan ahli MIC yang tidak pernah bertemu dengan beliau bagi menceritakan masalah yang timbul di kawasan mereka walhal ianya tidak jauh dari Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja."

"Apa yang berlaku kata adalah agenda politik semata-mata yang sengaja ditimbulkan sebagai titik permulaan menjatuhkan beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Selangor secara amnya." jelas Dr. Mariah.

Dr. Mariah turut berkata, selama ini masyarakat yang tinggal di kawasan Parlimennya itu mempunyai hubungan baik dengan beliau malah akan sentiasa menghubungi Pejabat Parlimen Kota Raja jika menghadapi sebarang masalah di kawasan setempat.

Beliau telahpun mengenalpasti Ketua Persatuan Penduduk Jalan Bukit Kemuning tidak mengetahui hal ini malah tidak pernah menghadapi masalah perhubungan dengan beliau dan wakil Ibu Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen tersebut.

Namun, Dr. Mariah menjelaskan beliau akan tetap melihat kawasan tersebut dan ingin bertemu dengan penduduk-penduduk yang terlibat dalam tunjuk perasaan semalam bagi menyelesaikan krisis yang berlaku.

Semalam, seramai 60 Penduduk Jalan Bukit Kemuning, Kampung Batu telah berhimpun tanda protes terhadap 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat mewakili kawasan mereka.

Menurut salah seorang penduduk yang terlibat, demonstrasi ini tercetus akibat daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmud dan ADUN Sri Muda yang tidak menunaikan janji untuk turun padang menyelesaikan beberapa masalah yang dibangkitkan penduduk setempat.

Tiada ulasan: