HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Disember 2011

Edar risalah Fitnah II, 3 ahli AMK ditahan polis di Kelantan

Masdar Wahid

KELANTAN: Tiga ahli KEADILAN hari ini ditahan polis ketika mengedar risalah Kes Fitnah II, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman.

Katanya, penahanan kira-kira 3.45 petang itu dibuat semasa sekumpulan ahli KEADILAN termasuk dua dari AMK selesai mengedar risalah itu di Pasar Besar, Tanah Merah, Kelantan.

“KEADILAN negeri bersama AMK mengadakan jelajah ke semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti.

“Semasa bergerak ke Parlimen Jeli, tiba-tiba tiga ahli parti ditahan atas alasan yang tidak ketahui,” katanya dihubungi Keadilan Daily, hari ini.

Beliau yang turut berada di tempat kejadian berkata, mereka turut mengedar jadual jelajah Anwar di Machang, Kelantan pada 5 Januari depan.

“Ketika ini, ketiga-tiga ahli parti ditahan di IPD Tanah Merah. Ahli Parlimen KEADILAN bagi Tanah Merah, Amran Abdul Ghani sedang memantau perkembangan,” katanya.

Penahanan itu, kata Azihan, tidak menjejaskan jelajah berkenaan yang kemuncaknya berlangsung malam ini di Gua Musang.

“Gangguan polis tidak menjejaskan semangat kami, malah program ceramah yang jadi kemuncak jelajah tetap diteruskan sebagaimana jadual asal,” katanya.

Tiada ulasan: