HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Disember 2011

Hindraf dakwa 4 kuil Hindu diroboh dalam seminggu

MALAYSIA KINI

Hindraf mendakwa bahawa empat kuil Hindu telah dirobohkan dalam tempoh satu minggu.

Hindraf mendakwa kuil terbabit ialah Kuil Om Sreee Kaliamman di Batu Pekaka di Kedah; Kuil Om Sreee Kaliamman dan sebuah lagi kuil yang tidak diberikan nama - kedua-duanya terletak di Kapar - dan Kuil Sri Muneswarer di Kuala Lumpur.

NONEKetika dihubungi, ketua penerangan Parti Hak Asasi Manusia (HRP), S Jayathas berkata, kuil-kuil tersebut diroboh antara 23 dan 27 Disember.

"Kami tidak mereka perkara ini, semuanya dilaporkan dalam akhbar Makkal Osai dan Tamil Namban," katanya.

Aduan paling baru, dakwanya, ialah perobohan kuil Sri Muneswarer oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) "dengan kerjasama" dengan pemilik tanah persendirian di Segambut Aman, Kuala Lumpur, "pada atau kira-kira" 27 Disember.

Walaupun kuil tersebut terletak di atas tanah persendirian, Hindraf telah mempersoalkan penglibatan DBKL, dengan menyatakan bahawa perintah Mahkamah Tinggi diperlukan untuk sebarang kerja perobohan mana-mana struktur yang berusia 55 tahun.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tegas Jayathas, perlu menyiasat dakwaan "penyalahgunaan kuasa" oleh DBKL.

Tiada ulasan: