HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Disember 2011

NGO India tak yakin penarikan balik Interlok

Gabungan NGO India masih tidak yakin bahawa pertikaian seputar buku teks sastera Interlok tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain sudah selesai.

Presiden kumpulan itu Victor Suppiah hari ini berkata, penarikan balik itu masih tidak pasti sehinggalah Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat mengumuman berkaitan dan menyatakan sebab terperinci atas tindakan itu.

NONESupiah berkata, ia ekoran kenyataan pelbagai pihak - antaranya presiden MIC Datuk G Palanivel dan timbalannya Datuk S Subramaniam, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud - yang berbeza dalam isu itu.

"Kami mahu timbalan perdana menteri (Muhyiddin) beritahu kami dengan pasti sama ada buku itu benar-benar ditarik balik," desaknya.

Novel yang diperkenalkan dalam sukatan pelajaran awal tahun ini digugurkan minggu lalu selepas hampir setahun dibantahan pelbagai pihak, terutama kumpulan masyarakat India.

Tiada ulasan: