HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Disember 2011

Jamil Khir VS Bekas Imam Masjid di Kulaijaya, Johor? Dua Nasib Yang Berbeza?

jamil khir baharom1 Jamil Khir VS Bekas Imam Masjid di Kulaijaya, Johor? Dua Nasib Yang Berbeza?

Staff Berita Semasa


Gambar di sebelah kanan itu merupakan seorang bapa (nama Redzuan Mohd. Said, umur 28 tahun) kepada dua orang anak. Dahulunya bekerja dengan tanggungjawab yang mulia iaitu seorang iman Masjid di Kulaijaya, Johor. Tapi sayang entah “apa silapnya” sehinggakan sanggup seleweng duit zakat. Akhirnya terangkap….

Bicara punya bicara, mahkamah majisteret akhirnya menjatuhkan hukuman :

  • 4 tahun penjara
  • 3 sebatan
Kes amil ini direman bermula disebabkan :

Semoga jadi pengajaran buat semua. Lain kali, jangan sesekali menyalahgunakan duit zakat. Masih ramai lagi yang belum dapat bantuan & lebih memerlukannya. Kadang-kadang nak mohon bantuan zakat cukup sukar lagi. Jadi, yang salah tetap salah, tidak kira orang atas ataupun orang bawah yang buat. Salah tetap salah. Tidak boleh diselindung-selindung lagi. Jadi, kes untuk rakyat biasa telahpun selesai.

Apabila kami membaca laporan kesalahan & hukuman yang dikenakan terhadap bekas imam ini, kebetulan pula kami ada keluarkan satu lagi kes rakyat Malaysia, kali ini melibatkan bertaraf menteri yang mana perbuatannya “lebih kurang sama sahaja bunyinya” dengan kes bekas imam di Kulaijaya, Johor ini. Pinjam, seleweng, salahguna duit zakat untuk tujuan menampung kos guaman kes Qazaf melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi yang peliknya masih lagi tiada tindakan yang selanjutnya daripada pihak yang berkuasa? Samada nak jatuhkan hukuman itu perkara nombor dua. Adakah situasinya masih lagi berbeza selepas disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara?

Adakah nasib amil tadi akan berubah jika beliau terus buat bayaran semula duit zakat yang telah beliau gunakan itu? Apa pendapat anda?

Tiada ulasan: