HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Disember 2011

SMK Bukit Nanas dapat pengetua pilihan pemilik sekolah




KUALA LUMPUR — SMK Convent Bukit Nanas (CBN) telah mendapat seorang pengetua beragama Kristian sekali lagi selepas Kementerian Pelajaran bersetuju dengan pilihan pihak gereja.

“Ya, calonnya telah dinamakan, Mystrical Rose Fernandes, telah lapor diri minggu lalu,” kata Sister Rosalind Tan, ketua wilayah Sisters of the Infant Jesus (IJ) Convent dan individu yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan arahan dan keputusannya.

Fernandes, merupakan penganut Katolik sebelum ini mengetuai SMK Convent Sentul, turut berada dalam IJ Sisters dan SMK Jalan Gabriel, yang dimiliki Gereja Anglican.

Beliau menggantikan Datin Seri Zavirah Shaari, yang juga dilantik untuk mengetuai CBN selepas mengambil alih daripada pengetua sebelumnya Ann Khoo yang bersara.

Tan, yang juga ahli lembaga pengarah sekolah berkata beliau masih belum menerima apa-apa surat pemberitahuan daripada Kementerian Pelajaran.

Beliau mengetahu perkara itu selepas Fernandes berhenti dari pejabat Yayasan Pendidikan Katolik Malaysia (MCEC) dan dimaklumkan mengenai jawatan terbarunya.

“Seperti biasa ada yang pergi, calon akan menerima surat pelantikan, kami tidak tahu apa-apa dan jika ia betul kami akan dimaklumkan,” kata Tan.

“Apabila menerima surat pelantikan, mereka akan melaporkan diri di sekolah. Jika ia calon, mereka akan datang berjumpa kami. Jika ia calon mereka, kami akan tahu jika seseorang di sekolah memaklumkan kepada kami,” katanya.

Fernandes, sebelum ini dilantik sebagai pengetua SMK Seri Ampang sebelum ke CBN pada 20 Disember ekoran pertikaian yang dibangkitkan Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam (gambar).

Dalam satu kenyataan terbuka yang disiarkan akhbar Katolik, The Herald, Pakiam berkata Zavirah tidak disenaraikan dalam pelantikan pengetua baru.

Beliau berkata keputusan itu bercanggah dengan dasar kerajaan pada 1970 bagi “perundingan maksimum” dengan sekolah Kristian seluruh negara dalam satu laporan yang disemak Suruhanjaya Diraja Perkhidmatan Pelajaran, Malaysia Barat.

Beliau juga berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan Menteri Pelajaran pada 1976, telah mengulangi dan menekankan semula janjinya ketika mengadakan lawatan ke Kota Kinabalu pada 1998, untuk berunding dengan pihak berkuasa sekolah mubaligh berkenaan pemilihan guru besar dan pengetua.

The Malaysian Insider difahamkan terdapat lebih 400 sekolah mubaligh di seluruh negara.

Tiada ulasan: