HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Disember 2011

SMM dan Bebas akan ke utara semenanjung tanah air

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR — Lanjutan daripada siri gerakan menuntut kebebasan akademik, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) akan mengadakan jelajah ke utara semenanjung Malaysia.

Jelajah tersebut bertujuan menyampaikan mesej serta tuntutan akademik ke setiap negeri.

Jelajah yang bermula pada 29 Disember ini akan menyerahkan memorandum kebebasan akademik kepada kerajaan negeri Kedah dan dijangka akan dijalankan di Wisma Aman pada jam 10 pagi.

Pertubuhan ini turut dijangka akan berada di Padang Kota Lama Pulau Pinang pada jam 1 petang untuk sesi pidato kebebasan akademik.

Antara yang dijangka hadir adalah Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab, Pengerusi Bebas, Muhammad Safwan Anang, termasuk Adam Adli, serta beberapa wakil wakil daripada pertubuhan pelajar di bawah SMM sekitar Lembah Klang.

Pertubuhan mahasiswa ini merupakan penganjur untuk demonstrasi yang menuntut kebebasan akademik dan salah seorang aktivis mereka, Adam Adli telah menimbulkan kontroversi apabila dipercayai telah menurunkan kain rentang tertera wajah Datuk Seri Najib Razak sewaktu demonstrasi di Ibu Pejabat Umno pada 18 Disember lalu.

Ekoran daripada insiden tersebut, Adam telah menerima pelbagai kecaman termasuk ugutan bunuh daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ugutan ditumbuk oleh seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Tiada ulasan: