HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Disember 2011

Apakah yang akan diwarisi waris UMNO?

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei


Parti PAP Singapura adalah senuah parti untuk golongan elit. Tiada siapa yang diterima menjadi ahli tanpa di rekomen atu ditaja oleh seorang ahli Parlimen PAP. Kemuadian, latar belakang mereka disemak dan di sahkan sebelum beralih ke peringkat seterusnya.

UMNO adalah sama tetapi tidak mempunyai peraturan yang bertulis. Walaupun begitu, ia tetap sebuah parti elit yang mempunyai mekanisma yang telah lama digunapakai dan jelas seperti PAP dalam hitam putih.

Apa jua rasioanal disebalik pengambilan ahli PAP, pemimpin tertinggi UMNO melakukan yang sama demi memastikan parti mereka penuh dengan orang-orang seperti mereka sendiri; mementingkan diri dan korup. Ahli biasa UMNO tidak mempunyai kuasa dan juga bersuara mungkin hanya sedikit. Mereka juga sebenarnya bukan ahli UMNO. Bagaimana itu berlaku? Bacalah seterusnya..

UMNO masih berkuasa kerana manipulasi dan propaganda

UMNO adalah lebih sama dengan parti minoriti dan tidak berfungsi Parti Baath dari Iraq yang diwakili oleh mendiang Saddam Hussein. Ia berpegang kepada kuasa dengan cara manipulasi, menakut-nakutkan rakyat, perkauman dan penyalahgunaan jentera kerajaan. Tanpa manipulasi politik dan pilihanraya juga jentera propaganda UMNO dan skandal yang tidak berpenghujung, anda boleh membuat kesimpulan bahawa kronisme, rasuah dan salah guna kuasa semakin menjadi-jadi. UMNO mungkin telah lama dahulu kehilangan undi Melayu, walaupun di kawasan pendalaman yang merupakan deposit tetap UMNO.

Jika Pakatan Rakyat boleh memecahkan monopoli UMNO di kawasan pendalaman dan menghalang jentera propaganda UMNO dari orang kampong, sudah tentu UMNO akan menemui kegagalan.

Jika kita gunakan akal fikiran, bagaimana orang Melayu yang bangga akan budaya dan tradisi mereka dan juga dengan pegangan Islam yang kuat mahu mengaitkan diri dengan UMNO yang kotor itu? Bagaimana pakcik-pakcik dan makcik-makcik boleh terima Shahrizat Jalil, Khir Toyo ataupun Najib sekiranya mereka mengetahui kebenaran? Jangan hairan sekiranya orang kampunglah yang pertama sekali tidak akan mengakui mereka ini sebagai anak sekiranya mereka anak-anak orang kampong ini!

Tetapi, ini adalah sebahagian daripada propaganda UMNO dan telah diketahui umum bahawa 3 juta ahlinya mendakwa bahawa mereka menjadi ahli tanpa mereka ketahui atau mendapat kebenaran mereka sendiri. Senarai ahli parti UMNO itu sendiri adalah yang paling teruk. Ia penuh dengan pemalsuan dan duplikasi. Terdapat berates-ratus ribu nama hantu yang sebenarnya telah dimanipulasikan atau digoda dengan wang ringgit. Untuk meningkatkan kemasukan ahli, pihak elit UMNO tidak membayar yuran keahlian tetapi mendakwa bahawa jumlah itu adalah sebahagian daripada pengundi mereka.

Orang Melayu menjauhkan diri daripada UMNO

Realitinya, banyak orang Melayu terutamanya beliau telah membuka minda mereka kepada realiti UMNO sebenarnya. Mereka juga telah menilai pembangkang walaupun tidak menjadi ahli dan juga berpihak pada pembangkang. Kumpulan ini boleh sahaja memberikan undi dan sokongan kepada pembangkang kerana mereka ada minda mereka sendiri dan ini juga telah dibuktikan dalam perhimpunan Bersih, demonstrasi pelajar universiti dan sokongan kepada professor UIA Aziz Bari juga kumpulan yang mempromosikan ABU (Asal bukan UMNO).

Semestinya masih banyak juga yang masih menyokong UMNO membabi buta tetapi sekiranya mereka ini dibawa berdebat, pasti akan timbul pelbagai persoalan di minda mereka dan akhirnya mereka tidak akan mempunyai fakta untuk membidas apa jua dakwaan yang dilemparkan terhadap UMNO. Ikuti sahaja laman facebook Bersih dan Anti-Bersih untuk mengikuti perdebatan mereka dan lihat sahaja betapa kuatnya ketidakpuasan hati mereka terhadap UMNO.

Golongan belia Melayu juga berasa jemu dengan golongan tua UMNO yang sudah luput tarikh seperti PM Najib Razak, Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim yang tidak dapat memahami mengapa mereka ini tidak dapat menerima realiti zaman ini. Najib sangat tidak faham keadaan sekarang sehinggakan penasihat beliau telah membuat satu pelan untuk menjadikan beliau sorang hero. Ini hanya mendapat gelak tawa dari golongan belia terhadap beliau dan isterinya yang besar itu.

Mereka juga jemu dengan skandal-skandal pasangan ini dan juga kebongkakan dan kebodohan ucapan menteri-menteri seperti Nazri Aziz, Mukhriz Mahathir dan Zahid Hamidi, Pemuda juga jemu dengan pemimpin UMNO yang berlatar belakang agama seperti Mashitah Ibrahim, Jamil Khir Baharom dan Mohamad Firdaus yang mereka anggap sama sahaja.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pula, beliau tidak ada apa-apa dalam politik apa lagi untuk komuniti Melayu.

Usaha bongkak Najib menggantikan imej UMNO dengan imej beliau sendiri

Dalam keadaan terdesak, UMNO telah mengambil Perkasa untuk dijadikan penyelamat orang Melayu. Tetapi, orang Melayu keseluruhannya telah menyedari bahawa mereka mahu menyelamatkan diri daripada UMNO. Ahli UMNo sendiri telah menyuarakan kekesalan mereka dalan perhimpuanan UMNO baru-baru ini, Ada juga pemimpin utama mereka yang menyeru kepada perubahan dalam UMNO. Blogger seperti Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias amat vokal dalam mengkritik UMNO.

Sekiranya Najib adalah pemimpin sebenar yang bekerja untuk rakyat dan Malaysia adalah negara demokrasi sebenar, para pelajar universiti tidak perlu membuat demonstrasi terhadap Akta Kolej Universiti 1974 seperti yang mereka lakikan minggu lepas. Adam Adli, salah seorang penunjuk perasaan tidak akan menurunkan bendera wajah Najib dan diancam oleh Special Branch. Sekiranya Najib adalah pemimpin yang baik hati, beliau akan menghormati sebab bantahan itu berlaku dan tidak berkecil hati mengenai inseden tersebut.

Tetapi Najib dan Rosmah bukanlah orang yang baik hati. Tujuan utama mereka adalah untuk menciptakan imej palsu untuk diri mereka dan untuk itu mereka akan berhabis-habisan atas sebab itulah mereka akan menjadi pasangan pertama yang paling jelik.

Perkara pertama yang harus dilakukan Najib adalah menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan menghormati perasaan belia. Yang kedua, beliau haruslah merapatkan jurang antara belia dan kerajaan. Tetapi tidak, kerana pentadbiran beliau mendiamkan diri. Mereka pula pergi menghala kea rah yang bertentangan dengan menonjolkan Najib sebagai seorang pemimpin diktator dengan kuasa yang tiada batas dan menuduh pelajar-pelajar ini sebagai alat pihak Pakatan Rakyat. Pakatan haruslah berterima kasih kepada Najib dan UMNO dan penasihat mereka kerana sekarang, keahlian Pakatan semakin meningkat.

Adalah menjengkelkan untuk rakyat melihat Najib berperlakuan tanpa kaliber dan standad memandangkan berates-ratus juta wang telah dibelanjakan untuk perhubungan awam beliau. Sejumlah besar dibayar kepada APCO dan FBC Media dan yang paling menyakitkan hati adalah ia menggunakan wang yang diperoleh oleh 28 juta rakyat secara susah.

Reaksi mahal UMNO- kempen meludah orang

Setelah Adam Adli menurunkan bendera wajah Najib, banyak yang menyokong tindakan pelajar itu kerana beliau mempunyai ‘style’ beliau sendiri. Walaubagaimanapun, Perkasa telah mencipta sebuah video yang memalukan UMNO sendiri.

Dengan menyebelahi Najib dan Rosmah, sekumpulan ahli UMNO yang layak seperti gangster menjerit perkataan-perkataan yang kotor dan mengugut untuk menampar dan meludah Adam Adli. Siapakah yang rakyat Malaysia harus sokong? Adam Adli atau orang UMNO yang peludah itu?

Mereka ini sudah semestinya dibayar sejumlah wang besar untuk beraksi dalam video murahan seperti itu! Mereka juga memalukan Pakcik Makcik di kampong yang sudah pastinya akan menampar anak mereka sekiranya anak mereka mengugut untuk meludah orang lain dan berperangai seperti itu.

Perkasa with its extreme racism and hollow values too is an embarrassment to the Malays and should be outlawed. It failed to march against the July 9 Bersih ralliers, who braved all sorts of threats and physical violence from a police force subservient to Najib and his cousin, Home Minister Hishammuddin Hussein.

Jadi, mengapa rakyat Malaysia harus menerima bendera yang ada wajah Najib ini? Mereka harus menikam Najib dan isterinya dengan tomato buruk kerana menyalahgunakan wang mereka. Sama juga dengan pemimpin UMNO yang lain seperti Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi dan Muhyiddin Yassin yang turut sama merogol kekayaan negara.

Masa depan UMNO yang jelas.

UMNO sekarang berhadapan dengan petelingkahan dalaman dan krisis kepimpinan tidak berkesudahan. Mereka yang lembab, sederhana dan tidak boleh dipercayai semuanya sedang berbalah untuk mendapatkan sokongan dan memerintah parti. Sekarang, boleh lah dikatakan bahawa UMNO tiada pemimpin yang berkaliber. Sesiapa saja yang mereka mahu perjuangkan menjadi pemimpim sebenarnya tidak layak untuk bergelar pemimpin. Mereka tidak dapat sejujurnya memberi inspirasi kepada rakyat hanya melalui manipulasi, penipuan dan kekejaman fizikal. Inilah senario UMNO sekarang. Seekor binatang buas yang berbahaya dan dipimpin oleh presiden yang tidak mempunyai idea planet apakah yang didudukinya sekarang.

Walaupun terdapat aset besar yang dapat diwarisi daripada UMNO, persoalan besar adalah siapakah yang akan mewarisinya. UMNO adalah sebuah kapal kosong juka dinilai dari segi bakat. Ia lapuk dan kolot dan tidak dapat memahami realiti masa kini. UMNO telah menjadi busuk dan semakin memualkan orang Melayu dan juga rakyat.

Ramai dalam UMNO percaya bahawa UMNO harus gagal dan jatuh. Seperti bisul, ia harus dipecahkan supaya segala nanah dan racunnya dilepaskan dan hanya selepas itulah ia akan disembuhkan. Selepas itu, ia akan muncul semula dan diterima masyarakat, manusia dan peradaban. Hanya selepas itulah ia boleh mendapatkan semula kuasa dan kemegahannya.

Sekarang ini, dibawah pentadbiran Najib, Rosmah dan rakan-rakan mereka yang penuh kepalsuan, UMNO tidak berbaloi diselamatkan. Ini diakui oleh pemegang kuasa yang kaya seperi Daim Zainuddin dan Tengku Razaleigh Hamzah. Tidak guna membazir untuk sesuatu yang tiada nilai! -Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: