PAHANG DAILY
Maklumat panas yang diterima ini pasti akan menyebabkan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) terkejut dan terpaku.
Difahamkan, maklumat sulit itu telah disalurkan oleh beberapa orang staff MPK yang juga kecewa dengan tindakan keterlaluan majlis tempatan itu. Menurut staff terbabit yang tidak mahu namanya disiarkan (demi pekerjaannya), memang Yang Di Pertua MPK yang baru iaitu Dato' Zulkifli Yaakob (foto) telah bertungkus lumus untuk naikkan namanya menjadikan Kuantan bertaraf bandaraya.
YDP katanya telah membuat berbagai-bagai tindakan, termasuk mahu kantung MPK diperbanyakkan supaya memenuhi syarat mencapai taraf bandaraya dalam apa jua cara sekali pun. Sebab tu, saman parking dijadikan satu kaedah paling mudah untuk mengisi kewangan MPK.
"Mereka tambah begitu ramai Penguatkuasa. Tidak cukup dengan itu, Attendan Parking pulak diberi kuasa menyaman. Dan terbaru, semua kakitangan MPK telah diberikan kad kuasa dan buku saman sebagai kerja sambilan mereka. Komisyen diberikan atas satu-satu saman.
Sapa yang nak banyak untung kena buat kerja lebih sikitlaa.. Sebab tu saya tak hairan bila ada orang kata waktu orang solat Jumaat, kat kawasan perumahan, pukul dua tiga pagi, kawasan hospital, kawasan kolej, hari minggu termasuk haru cuti umum dan hari peristiwa mereka ini sibuk menyaman. Masing-masing sibuk nak kejar target dan cari untung lebih dengan duit saman.
Nak harapkan gaji berapa sangat. Sebab tu penguatkuasa dan warga MPK ramai yang bermewah-mewah dengan kereta besar dan rumah besar. Saya pun dapat semua tu kad kuasa dan buku saman. Tapi saya tak sampai hati nak buat kerja-kerja tu. Bayangkan kalau kena kat keluarga, sedara mara atau kawan-kawan kita yang datang ke Kuantan?.
Memang kereta saya ada sticker, tapi kereta anak-anak saya, isteri saya tak ada sticker. Itu pun disaman jika mereka tak kenal kereta tu. Inilah isunya, dan saya sokong demontrasi membantah tindakan MPK ini", katanya dengan serius.
[Maklumat ini sungguh mengejutkan sebenarnya. Patutlah MPK "gila babi" menyaman orang siang malam tak kira waktu. Seolah-olah kemaruk benar mahu dapat duit untuk mencapai syarat menjadikan Kuantan sebagai bandaraya,
Maklumlah, hanya Kuantan antara ibu negeri yang masih belum mencapai taraf bandaraya berdasarkan kepada kutipan hasil mereka. Lantaran itulah, jalan terbaik ialah mengarahkan semua kakitangan menyaman supaya mempercepatkan kutipan hasil dari poket rakyat.
Ini satu tindakan yang biadap dan tidak adil sebenarnya. Kenapa perlu bersikap sebegini kepada rakyat?. Bukan rakyat tidak mahu bayar saman, tapi isunya MPK melampau-lampau dan tidak bertimbang rasa. Rupanya mereka "kejar target", patutlah komisyen dan berbagai hadiah menarik di sediakan untuk mana-mana pegawai yang berjaya mencapai jumlah saman tertinggi.
Mereka jadikan rakyat sebagai bahan untuk dipermainkan, atas nama kuasa yang mereka ada. Tindakan ini jelas sekali tidak wajar, dan Kerajaan Negeri Pahang harus memberi perhatian atas perkara ini. Jika tidak, rakyat akan terus menjadi mangsa kerakusan MPK yang bermaharajalela menyaman sesiapa sahaja tanpa ada budi bicara, timbang rasa dan sebagainya. Rahsia mereka terbongkar jua akhirnya!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan