HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Disember 2011

Pemimpin PAS dakwa tidak tahu pertemuan Nik Aziz, Hasan

Bagaimanapun, Salahudin Ayub berharap pertemuan itu boleh menjernihkan keadaan.



PETALING JAYA: Para pemimpin PAS mendakwa tidak tahu menahu mengenai adanya pertemuan di antara Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan dua pemimpin kontroversi – bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa.

Mereka termasuk dua Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub serta Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mahfuz yang dihubungi hari ini berkata beliau tidak tahu mengenai mesyuarat tersebut.

“Saya tak tau mengenai mesyuarat tersebut maka saya tak boleh komen,” kata ahli parlimen Pokok Sena itu. Organ PAS harakahdaily hari ini melapurkan Nik Aziz telah bertemu dengan Dr Hasan dan Nasharuddin di Kota Baru semalam. Hadir sama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Portal itu melaporkan Dr Hasan memohon maaf dan menarik balik kecaman terhadap PAS Tuan Ibrahim pula berkata beliau belum menerima laporan mengenai pertemuan berkenaan.

“Saya hanya baca dalam Harahdaily (organ parti PAS),” kata beliau.

‘Jernihkan keadaan’

Manakala Salahuddin berkata, beliau bercuti sejak dua hari lepas dan tidak tahu mengenai mesyuarat tersebut.

“Tapi jika telah dilapor dalam Harakahdaily…saya harap perkara ini boleh diletakkan di belakang.

“Datuk Dr Hasan dan Nasha bukan orang baru dalam parti. Satu bekas timbalan presiden, yang lagi satu lagi bekas naib presiden,” katanya.

Salahuddin menambah, beliau berharap pertemuan malam tadi, boleh menjernihkan keadaan.

“Kita harus ada suatu protokol dalam parti supaya kita boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang kita tidak berpuas hati dengan baik. Kita (PAS) terima permohonan maaf Dr Hasan,” tambah Salahuddin.

Dr Hasan mempertikaikan konsep negara berkebajikan PAS manakala Nasharuddin yang kalah dalam pemilihan parti Julai lalu menyatakan hairan dengan sistem pemilihan calon untuk pilihan raya.

Tiada ulasan: