HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Disember 2011

Paderi jawab Isu Artikel 153 Perlembagaan Negara.

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR - Kenyataan PERKASA melalui Presidennya Datuk Ibrahim Ali semalam akhirnya mendapat maklum balas dari seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Rev. Dr Eu Hong Eng.

Namun, maklum balas yang diberikan masih belum menjawab isu yang dibangkitkan. Dr. Eu hari ini tidak mahu membalas serangan PERKASA mengenai dakwaan yang mengatakan beliau mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Negara di dalam ucapan bersempena sambutan Hari Krismas baru-baru ini.

Beliau meminta semua pihak menghormati beliau dalam menjawab isu ini kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dan situasi yang telah dibangkitkan PERKASA.

Paderi Dr. Eu sebelum ini dilaporkan turut membangkitkan hak kumpulan minoriti yang dakwanya tidak diambil perhatian dan sekadar mengutamakan masyarakat majoriti yang terkandung melalui Artikel 153 Perlembagaan Malaysia itu.

Beliau juga pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2008 apabila mempertikaikan penyediaan tempat Ibadah yang diperuntukkan bagi masyarakat Kristian iaitu di Rumah Kedai dan Lot Kilang. Ianya didakwa tidak sesuai dijadikan Gereja.

Pihak PERKASA semalam melalui Sidang Media memberi amaran dan merayu agar mana-mana pihak tidak mempertikaikan isu Perlembagaan Negara terutamanya berkenaan Perkara 153.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa telah sekian lama bersabar berhadapan isu ini mendesak Kerajaan membawa Paderi tersebut ke muka pengadilan melalui perlaksanaan di bawah Hasutan. [VIDEO DI SINI]

Tiada ulasan: