HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Disember 2011

PANAS!! Reezal Merican ugut Adam Adli dan keluarganya?

SELATAN ONLINE



Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini.

Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas.

Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya.

“Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno.

“Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap,” ujarnya semalam di Komtar, George Town.



Beliau berkata, polis sendiri menyaksikan aksi beliau menurunkan bendera muka Najib tetapi tidak menangkapnya kerana perbuatannya itu bukanlah suatu jenayah.

“Tanya pada polis kerana saya tidak dihalang sebab saya tidak melakukan jenayah ketika itu,” tegasnya,

Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga.

Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di ’Sudut Pidato’ dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam.

“Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini,” tegas beliau.

Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.

disalin dari : darisungaiderhaka.blogspot.com

Tiada ulasan: