KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat PAS Pusat memutuskan pendirian jelas bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti diheret ke muka pengadilan berkenaan isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Malah menurut Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat Dr. Mariah Mahmud, Muhyiddin merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menjawab setiap isu skandal tersebut.
Muslimat PAS Pusat membuat kenyataan secara rasmi menjawab isu NFC ini akibat serangan bertubi-tubi yang dikenakan ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Walhal Pemimpin No. 2 Negara itu sendiri mengetahui perjalanan kelulusan projek yang diketuai suami Shahrizat.
"Saya bukan hendak membela mana-mana pihak kerana isu skandal NFC ini wajar dilihat dari sudut nasional. Jika ada pertuduhan bawa ke muka pengadilan.
"Akan tetapi tidak adil bagi kami (Muslimat PAS) semua pihak termasuklah dari pihak UMNO menghukum dan menuduh Shahrizat walhal individu yang lebih bertanggungjawab dan mengetahui maklumat ini (Muhyiddin) terus mengambil sikap berdiam diri," jelas Shahrizat ketika dihubungi pihak KL POS.
Dr. Mariah turut berhujah mewakili Muslimat PAS Pusat mengenai perkaitan Muhyiddin merujuk jawatan beliau semasa kelulusan projek NFC pada tahun 2007. Timbalan Presiden UMNO pada ketika itu memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Maka Muslimat PAS secara tegas berpendirian isu ini bukan isu peribadi Shahrizat akan tetapi isu nasional yang jelas melibatkan Muhyiddin Yassin.
"Secara releven dan profesionalnya Media patut bertanyakan soal ini kepada Suami Shahrizat sendiri. Dan jawapan yang lebih jelas ada pada Muhyiddin. Kerana ini adalah penyelewengan melibatkan Kerajaan secara umum. Bukan peribadi Shahrizat.." Tegas Dr. Mariah.
Walaubagaimanapun Shahrizat yang Muslimat PAS hormati selaku Menteri yang mewakili kaum Wanita itu agak musykil apabila diberitahu tidak mengenai akan kelulusan pemberian wang sebanyak RM 250 juta dari pihak Kerajaan.
"Saya tak bersetujulah kalau beliau (Shahrizat) kata tak tahu. Suami mana yang tak cerita kepada isteri yang syarikat dia dapat RM250 juta," katanya berseloroh.
"Kita (Muslimat PAS) menghormati Shahrizat sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab mewakili Wanita Malaysia. Akan tetapi kami tetap berpegang pada prinsip isu penyelewengan tidak boleh disokong. Jika ianya berlaku dalam Kerajaan Pakatan sekalipun, saya akan membantah." jelas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan