HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Disember 2011

Siri 2 : Melaka Panas!! 500 Pelajar UiTM Melaka didaftar di Bukit Katil

Blog Kijang59


Seramai 500 orang pelajar UiTM kampus Bandaraya Melaka telah ditukarkan alamat untuk daftar pemilih di Parlimen Bukit Katil dan setiap orang pelajar akan diberikan wang saku sebanyak RM300. Segala pertukaran alamat adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Mereka diberi pilihan sama ada mahu mendaftar ahli UMNO atau membuat pertukaran alamat mengundi.

Pertukaran alamat ini didalangi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Menteri Melaka dan beberapa agensi lain yang terlibat. Buat masa ini 500 orang pelajar telah didaftarkan dan berkemungkinan lebih daripada itu.

Ketua Menteri bimbang akan kedudukan Parlimen Bukit Katil yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan menjadikan mahasiswa UiTM sebagai "pengundi tambahan" mereka.
Sumber yang diterima adalah daripada beberapa orang yang berkhidmat dalam Jabatan Ketua Menteri dan juga ahli UMNO. Selain itu, pihak pengurusan UiTM juga terlibat sama dalam operasi secara senyap ini. Maklumat ini diterima daripada staf UiTM pro UMNO yang agak curiga dengan tindakan SPR yang mensasarkan golongan mahasiswa untuk ditukarkan alamat ke Parlimen Bukit Katil.

Pendaftaran pertukaran alamat ini dilakukan dalam satu program diluar kampus. Program itu telah dirancang awal dan ketika hari program, mahasiswa telah diberi pilihan untuk mendaftar sebagai ahli UMNO atau membuat petukaran alamat. Mahasiswa dibekalkan RM300 bagi setiap orang. Tindakan ini menunjukkan UMNO Bukit Katil sudah terdesak dengan bermain taktik kotor.

Seorang kakitangan SPR memberitahu bahawa kampus yang terdekat dengan Parlimen Bukit Katil akan didaftarkan untuk mahasiswa mengundi di Parlimen Bukit Katil. Mereka juga bergiat aktif mendaftar untuk menjadikan mahasiswa kampus sebagai pengundi tambahan mereka. Jumlah pertambahan mengundi dijangka meningkat selepas ini.

Pihak SPR bertindak demikian kerana mengetahui tempoh matang pertukaran alamat adalah selama 3 bulan untuk cukup tempoh matang namun mereka mempunyai "cara" tersendiri untuk mempercepatkan tempoh matang ini kerana pilihan raya akan diadakan pada Mac 2012.

Bagi Parlimen Alor Gajah pula iaitu di DUN Durian Tunggal, mereka akan menjadikan kampus di sekitar Alor Gajah untuk meningkatkan jumlah undi di Parlimen itu. Tindakan secara senyap ini cuba dimanipulasi bagi memenangkan UMNO/BN yang kian robek akibat ketirisan mereka dalam menguruskan sumber negeri.

Pihak kami akan mendedahkan satu persatu tindakan UMNO/BN, SPR dan pihak UiTM ini. Ikuti siri-siri panas di Melaka ini dengan artikel yang bakal menyusul.

Tiada ulasan: