
DETIK DAILY
KUALA
LUMPUR: Rakyat Malaysia wajib ubah kerajaan Umno-BN dalam PRU13 kerana
BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat, tegas AJK PAS
Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, terbaru mampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 – meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China. Perkara ini dilaporkan oleh Badan pemantau – Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington.
“Mungkin pemimpin BN akan kata ini adalah agenda Yahudi hendak memburukkan kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak.
“Satu ketika dahulu rekod Altantuya Shaariibuu yang masuk ke negara ini hilang daripada pangkalan data Imigresen dan sampai sekarang rakyat tertunggu mengenai status wang RM40 juta yang melibatkan Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah Michael Chia,” sindir beliau.
Katanya, negara pernah kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kirakira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Jikalau enjin yang besar pun boleh hilang apalah sangat wang yang boleh dilipat tidak boleh hilang. “Masalah rasuah tidak ditangani dengan serius di bawah kepimpinan Najib.
Sehingga beliau tidak bersedia untuk menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak sembilan tahun lalu,” ujarnya lagi.
Ustaz Idris berkata, hutang negara semakin meningkat, tahun 2004 hutang RM242 bilion kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan