HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Disember 2012

Siasatan kes ugut Exco Perak siap

ANTARA POS.COM

Post Pic

IPOH: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan dibuat Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman yang mendakwa diugut Setiausaha DAP Perak, Datuk Nga Kor Ming, Khamis lalu.
 
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata kertas siasatan itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya, semalam untuk nasihat.
 
"Kita tunggu arahan selanjutnya daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan," katanya pada sidang media semalam.
 
Hamidah membuat laporan polis yang mendakwa Kor Ming mengeluarkan perkataan berbentuk ugutan berkaitan pendedahannya mengenai syarikat pembalakan membabitkan Kor Ming dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
 
Susulan pendedahan yang dibuat oleh Hamidah, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh tampil menasihatkan semua pemimpin parti itu agar tidak meletakkan diri mereka pada kedudukan yang boleh menimbulkan persepsi salahlaku.
 
Karpal berkata selepas Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dihambat kontroversi yang mengatakan beliau menerima sebidang tanah bernilai RM30 juta daripada kerajaan PAS Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan Menteri Besar Perak selepas PRU12 pada 2008.
 
“Saya masih belum lagi bertanya kepada Ngeh bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkara itu,” katanya.

Tiada ulasan: