Oleh Aspan Alias |
Ura-ura UMNO hendak menghantar senarai nama calon-calon parti itu ke SPRM dahulu merupakan isu yang agak menarik juga. Jika begitu elok kita alu-alukan usaha itu kerana kata pemimpin besar UMNO ia akan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan nanti adalah bersih dari elemen rasuah.
Tetapi yang lebih menarik lagi boleh kah Najib dan ramai pemimpin yang lain yang sedang berkuasa dapat menjadi calon nanti? Bagaimana dengan Menteri-Menteri Besar sekarang pula? Kalau di siasat betul-betul berkemungkinan Najib, Muhyiddin dan ramai lagi Menteri-Menteri yang lain tidak layak menjadi calon kali ini.
ATAU tindakan ini hanya untuk mengabui mata rakyat dengan menunjukan calon-calon UMNO yang lama yang kita tahu terlibat dengan rasuah dapat di bersihkan nama mereka dari imej rasuah mereka. Lain-lain perkataan SPRM akan mengumumkan yang calon-calon yang akan diturunkan itu telah dibersihkan nama mereka.
Tetapi saya tidak menjangka apa yang di sebut itu adalah serius. Jika UMNO benar-benar serius, saya rasa tidak ada seorang pun akan layak menjadi calon, termasuk lah Perdana Menteri sendiri.
Tidak usah lah kita hiraukan isu itu Ia tidak akan berlaku. Yang rasuah akan tetap diturunkan sebagai calon nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan