HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Disember 2012

Pembangkang peralat artis demi politik-Zed Zaidi

Oleh Aidil Syukri Hamzah

Post Pic

SHAH ALAM: Parti-parti pembangkang kini dilihat cenderung mempergunakan agama demi mengelirukan golongan artis yang mahu berhijrah supaya menyokong mereka.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, ramai artis yang sudah ‘terkena’ di mana mereka dijemput menyertai sesuatu ceramah agama, tetapi hanya menyedari ia ceramah politik sebaik menghadirinya.

Menyifatkannya tidak wajar, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil menegaskan golongan artis yang mahu berubah ini seharusnya dibimbing pada jalan yang benar, bukannya diambil kesempatan demi kepentingan politik pihak tertentu.

“Kebanyakan parti-parti pembangkang ini menggunakan taktik agama, ceramah agama. Artis-artis yang berhijab ini memerlukan guru yang sebenar..bukannya guru yang jenis mengambil kesempatan. Ini yang sebenarnya berlaku dalam industri seni ini, maknanya banyak artis yang berhijab ini terkena.

“Bagi saya benda ini tak baik..kalau kita nak bimbing seseorang itu biarlah bimbing yang sebenar tentang Islam bukannya kita masukkan hal politik dalam agama itu. Sebab benda ini tak baik..kalau nak berjuang tentang agama, jangan libatkan orang-orang yang berhijab dan mengelirukan mereka pula.

“Kalau nak cerita pasal agama, cerita pasal agama sahaja. Selalunya mereka panggil ceramah agama, tapi bila pergi situ terkena ceramah politik pula,” jelas beliau kepada Antarapos.

Mengenai penglibatannya dengan Umno, pelakon drama Sembilu Kasih itu menjelaskan yang beliau mahu membantu kerajaan mengekalkan keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di negara ini.

Tegas Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu lagi, hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memberi keamanan di negara ini berdasarkan usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini yang terbukti keberkesanannya.

“Apa yang saya buat selalunya melibatkan seni dan kita mahu membantu kerajaan di mana kita tak mahu negara kita ini berpecah-belah, berperang..

“BN sahaja yang boleh bagi negara kita ini aman. Maknanya apa yang sudah dibuat itu sudah memang terbaik untuk Malaysia.

“Jadi untuk Selangor ini apa yang saya boleh bantu, saya akan terus bantu BN, Umno, tak kira Selangor atau Malaysia. Dan saya banyak fokus kepada Selangor sebab Selangor ini lebih memerlukan saya dan terus sayangi Selangor dan yakini BN,” gesa beliau.

Tiada ulasan: