MALAYSIA KINI
Lapan
belas orang akan mengadakan mogok lapar selama 100 jam mulai jam 8
malam Khamis ini sebagai satu protes terhadap beberapa isu alam sekitar
dan kemasyarakatan.
Penganjurnya, Malaysian Youth Against Public
Hazard (MYAPH) berkata mogok lapar itu akan berakhir pada detik tengah
malam Tahun Baru.
Pesertanya - yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara - hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut.
Antara
lain, kata penganjurnya, ia bertujuan mewujudkan kesedaran awam tentang
ancaman yang mungkin dihadapi dari loji nadir bumi Lynas, penggunaan
cyanide dalam perlombongan emas di Pahang, projek penapisan minyak
Pengerang dan pelbagai projek empangan di Sarawak.
Dalam satu
kenyataan semalam, jurucakap penganjur, Tan Woen Tian berkata aktivis
dari pelbagai NGO akan berucap mengenai beberapa tajuk di Dataran
Merdeka.
Antara mereka ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH
2.0, Wong Chin Huat yang akan bercakap mengenai nasionalisme manakala
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan akan bercakap mengenai pergerakan
masyarakat sivil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan