KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: KEADILAN mengecam perbuatan ganas polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
“Tindakan ini jauh berbeza ketika perarakan mahasiswa ke PWTC. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa makna,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media, pagi ini.
Justeru, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil memberi penjelasan,
Nik Nazmi turut mendedahkan, pengamal media yang bertugas melaporkan kejadian tersebut turut dikasari pihak berkuasa.
“Mahasiswa mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media turut dipukul polis,” katanya.
Dalam pada itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula menyifatkan tindakan ganas di ambang sambutan tahun baru meletakkan Malaysia sebagai negara polis yang takut dengan gerakan mahasiswa.
“Ini sungguh memalukan. Pemerintah mengerahkan polis untuk melindungi kepincangan mereka dalam mengendali AUKU,
“AMK akan terus bersama aktivis mahasiswa. Inilah yang ditakuti Umno BN, apabila anak muda sudah berani menggerakkan zaman.
“AMK menyokong penuh mahasiswa mempertahankan prinsip yang mahukan kebebasan akademik tanpa sebarang sekatan dan campur tangan politik kotor kerajaan yang memerintah,” kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi.
Lebih mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato sebelum polis mencetuskan keganasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan