HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Januari 2012

Mahasiswa masuk hospital dibelasah polis, 17 ditahan termasuk Adam Adli

KEADILAN DAILY


(Sidiqin Omar)

TANJUNG MALIM: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) memulakan tahun baru 2012 dengan memperkakas polis melalui tindakan ganas anggota polis terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI), malam tadi.

Keganasan polis keterlaluan hingga menyebabkan dua mahasiswa, Safwan Anang dan Amar Rasyidi parah akibat dibelasah ketika polis menyurai himpunan, sekaligus menjadi peristiwa paling buruk terhadap gerakan mahasiswa tanah air.


Safwan, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak lima hingga tujuh anggota polis – mengikut paparan twitter manakala Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Mulanya, Safwan dihantar ke Hospital Tanjung Malam tetapi dikejarkan ke Hospital Slim River berikutan kecederaannya parah.

Mereka antara 17 mahasiswa yang ditahan di balai polis Tanjung Malim termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.


Terdahulu, perhimpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) bermula petang semalam dengan berkumpul di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato sambil dikawal kira-kira 100 anggota polis.

Mereka berbaring di jalan raya dan mengusung keranda tertera perkataan “AUKU’ dengan imej gambar Datuk Seri Najib Razak sebagai simbolik bantahan.


Mereka turut membawa bunga Ros untuk dihadiah kepada Perdana Menteri itu dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin.

Sekurang-kurangnya dua sekatan jalan raya dibuat dari susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke UPSI untuk menghalang mahasiswa dan aktivis hadir memberi sokongan.

Selepas tangkapan dibuat, pengguna twitter terkejut dan marah apabila akaun atas nama Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan polis menyerbu lokap dan memukul mahasiswa yang sudah ditahan manakala sebahagian ditahan ketika mahu membuat laporan berkaitan keganasan pihak berkuasa itu.


Sekumpulan peguam hak asasi Lawyer For Liberty (LFL) yang berkejar ke lokasi kejadian selepas kejadian itu pula dihalang menemui tahanan dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

“KPD (Ketua Polis Daerah) Supt Othman baru maklum perkembangan terkini, masih ambil dokumentasi. Masih tunggu IO (Pegawai Penyiasat). “Tahun baru, alasan lama – “saya tak tahu sebab menangkap, saya cuma ikut adahan menangkap’,” kata Puspa Rosman melalui twitter.

Susulan itu, ramai pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Jingga 13, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bergegas ke UPSI selepas melepasi halangan sekatan jalan raya dan berkumpul di balai polis Tanjung Malim untuk mendesak pembebasan kumpulan mahasiswa berkenaan.

(Laporan Lanjut Menyusul)

Tiada ulasan: