HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Januari 2012

Khalid : Pilihan Raya Dekat, Yunus Tak Sesuai Jadi Exco Agama

Post Pic



KUALA LUMPUR : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam membayangkan EXCO baru daripada Pas yang dilantik semalam tidak mempunyai cukup pengalaman untuk menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor, justeru beliau terpaksa menggalas tanggungjawab itu.

Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Exco baru daripada Pas sebaliknya diberikan tanggungjawab menjaga Adat Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

“Beliau orang baru. Saya tidak fikir beliau boleh menangani (hal ehwal Islam), jadi saya tidak fikir ia adil,” kata Khalid malam tadi dalam cubaan terbaru menjelaskan pengguguran wakil Pas daripada tanggungjawab menjaga hal Ehwal Islam di Selangor.

Yunus dilantik semalam, menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam sebelum beliau dipecat oleh Pas minggu lalu.

Tindakan Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam daripada Hasan, mengejutkan ramai pihak dan memaksa Khalid malam tadi sekali lagi untuk memberikan penjelasan.

Rombakan itu dilihat melemahkan kedudukan Pas sebagai pemegang amanah penduduk Islam di Selangor, lebih-lebih lagi dengan negeri ini dikatakan menghadapi isu murtad dan pemesongan akidah di kalangan umat yang semakin serius.

Kenyataan-kenyataan tegas Hasan mengenai penjualan arak di Shah Alam, percambahan hotel bajet sebagai sarang maksiat dan isu murtad sebelum ini mencemaskan parti komponen dalam Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Parti itu bimbang pendirian tegas Hasan bersabit Islam akan meminggirkan sokongan pengundi bukan Melayu untuk Pakatan Rakyat.

Justeru pelbagai andaian dibuat mengenai keputusan Khalid untuk mengambil alih portfolio hal ehwal Islam dan bukan memberikannya kepada Yunus atau exco lain daripada Pas iaitu Iskandar Abdul Samad dan Dr Halimah Ali.

Khalid dituduh tunduk kepada tekanan DAP untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang syariah Islam tidak ditunjangi oleh seorang exco yang terlalu tegas.

Semalam, Khalid membayangkan bahawa beliau akan mengambil kira faktor “persekitaran” dalam menguruskan portfolio penting itu yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor(Mais) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Khalid memberitahu pemberita semalam bahawa tidak ada guna beliau melantik berkata Yunus sebagai Exco Agama kerana beliau akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas itu walhal pilihanraya umum semakin hampir.

Bagaimanapun persoalan yang lebih penting masih tidak terjawab kenapa tokoh-tokoh lain Pas termasuk Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Rani Osman diketepikan, jika parti itu tetap menjadi keutaman untuk jawatan Exco Hal Ehwal Agama.

Begitu juga persoalan kenapa portfolio itu tidak diserahkan kepada Iskandar atau Halimah yang tentunya mempunyai pengalaman yang dimaksudkan Khalid.

Tiada ulasan: