HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 Februari 2012

BN sudah kenalpasti kawasan di Pulau Pinang untuk tebus balik kekalahan masa PRU12

AGENDA DAILY

muh100


Barisan Nasional sudah mengenalpasti beberapa kawasan di Pulau Pinang yang kalah dengan majoriti kecil semasa pilihanraya umum ke 12 lalu yang ada harapan untuk ditawan balik masa PRU13 nanti.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini berikutan sudah adanya kesedaran yang diharap boleh tebus kekalahan itu.

Semasa PRU12 BN menang 11 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang 29 .Kerusi Parlimen pula 2 BN dan 11 pembangkang.

"Kita harap boleh meningkat bilangannya (bilangan kerusi). Berapa kita tidak akan beritahu. Kita sudah mengenal pasti di mana kawasan sama ada kerusi yang dipegang oleh pihak Umno yang kita jangka boleh meningkat bilangannya dan juga lain-lain komponen parti,"katanya.

Muhyiddin berkata pelbagai strategi telah diatur bagi menebus kekalahan parti itu pada pilihan raya umum ke-12.

Menurutnya pemimpin-pemimpin parti komponen BN negeri ini cukup bersemangat untuk bekerja lebih keras bagi memenangi seberapa banyak kerusi PRU13.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat ,Balik Pulau ,Pulau Pinang Sabtu.

Serentak dengan itu Muhyiddin mengingatkan pemimpin-pemimpin BN supaya meningkatkan kerjasama di antara parti komponen bagi membolehkan BN memenangi lebih banyak kerusi pada PRU-13.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata perhubungan yang erat di antara pemimpin-pemimpin bahagian perlu diperkukuhkan bagi menjamin kemenangan parti itu pada pilihan raya yang akan datang.

"Atas kehendak Pengerusi BN (yang juga) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), tiap-tiap perhubungan BN negeri ada KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) mereka sendiri. Berapa sasarannya? Mana kawasannnya, baik Parlimen ataupun dewan undangan negeri yang kita harap boleh mendapat kemenangan.

"Ini (kemenangan) memerlukan kerjasama yang erat dan saya juga mengingatkan pentingnya kerjasama di antara komponen parti, kita tingkatkan dan perhubungan di antara pemimpin-pemimpin di dalam bahagian diperkukuhkan," katanya.

Muhyiddin berkata sokongan rakyat negeri ini pada kerajaan telah menunjukkan peningkatan dan yakin BN negeri mampu memenangi banyak kerusi pada PRU-13.

Terdahulu, beliau mengadakan tiga pertemuan tertutup iaitu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno negeri dan pemimpin-pemimpin BN negeri.

Beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman berada di Pulau Pinang untuk lawatan kerja sehari

Tiada ulasan: