HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Februari 2012

Di Sabah, isu pendatang asing tanpa izin penentu masa depan


KOTA KINABALU— Tukang perahu Idris (bukan nama sebenar) telah menghabiskan sepanjang hidupnya di kelilingi pendatang tanpa izin di kawasan petempatan yang jauh ketinggalan di sebelah timur Pulau Gaya, yang terletak seminit dari Kota Kinabalu.

Tidak seperti kebanyakan jiran-jirannya, anak kelahiran Malaysia berusia 31 tahun ini tidak perlu menghabiskan sebahagian besar pendapatan bulanannya apabila pegawai Jabatan Imigresen datang ke kawasan itu.

Apa yang berlaku bukanlah perkara baru buatnya dan penduduk di sana menambah purata untuk membeli kebebasan sementara adalah RM200.

“MyKad? Mereka tidak perlu menunjukkan MyKad. Wang adalah MyKad mereka,” kata Idris dengan lembut kepada The Malaysian Insider.

Menurut Idris sekurang-kurangnya 70 peratus peneroka di Kampung Lok Urai dan Kampung Pondo di Pulau Gaya merupakan pendatang asing yang kebanyakannya mempunyai pas lawatan sosial namun tinggal melebihi tempoh.

Terdapat kira-kira 400 rumah kayu di pantai Pulau Gaya, tambahnya.

Pendatang tanpa izin kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, kata Idris, dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM500 sebulan atau “jika bernasib baik”. Tetapi katanya ia cukup untuk membuat bayaran “jika ada operasi”.

“Bagi saya, saya membawa orang kampung ke rumah mereka atau bandar... saya juga membuat kerja kontrak dan sekali-sekala membantu kakak saya membawa penumpang feri menggunakan vannya.

“Kalau keadaan baik, saya boleh mendapat sebanyak RM1,000. Tetapi paling kurang kira-kira RM700,” kata bapa lima anak, empat daripadanya masih bersekolah.

Kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah telah menjadi masalah utama di negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan seperti biasa dipersalahkan sehingga menyebabkan masalah pergaulan, ekonomi dan masalah keselamatan yang menyusahkan penduduk tempatan.

Berdasarkan jawapan diberikan di Parlimen tahun lalu, populasi penduduk Sabah seramai 651,304 pada 1970 dan bertambah kepada 929,299 sedekad kemudian. Tetapi dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu meningkat dengan mengejut iaitu seramai 1.5 juta rakyat, menjelang 2000 angka itu mencecah 2,468,246.

Laporan media berkata sejak 2010, jumlah itu semakin berkembang mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, ahli politik merentasi sempadan pantas menggunakan isu itu, menjadikan ia isu politik yang boleh menjadi faktor penentu masa depan politik Sabah.

Pemimpin pembangkang menentang kerajaan BN ekoran populasi yang mengejutkan itu, menuduh pendatang tanpa asing dibenarkan masuk dan diberikan MyKads dan hak mengundi untuk membantu pemerintah terus berkuasa.

“Ini adalah perkara terburuk kerajaan telah lakukan hanya untuk kekalkan kuasa mereka, mereka sebenarnya memusnahkan keadaan,” kata Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) kepada The Malaysian Insider sebelum ini.

Parti pembangkang berasaskan Sabah juga menggunakan isu itu untuk melengkapkan tema “Sabah untuk rakyat Sabah” dengan menyalahkan kerajaan BN mengenai kemasukan ramai warga asing.

Bagi parti BN Sabah, menyelesaikan masalah itu penting bagi mereka membuktikan mereka tidak akur dengan rakan komponen dari semenanjung, Umno — satu perkara yang perlu menjadi keutamaan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat Sabah.

Awal bulan ini, BN Sabah yakin memperoleh kemenangan apabila Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan bahawa Kabinet pusat bersetuju untuk membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengkaji masalah pendatang tanpa izin.

“Ini adalah apa yang rakyat Sabah mahu lihat sejak beberapa tahun lalu. Saya membangkitkan isu RCI dalam Kabinet sekurang-kurangnya tiga kali tetapi tiada sebarang keputusan.

“Saya bangkitkan isu ini semula dalam mesyuarat Kabinet terakhir (pada 8 Februari) dan Kabinet Persekutuan membuat keputusan... perdana menteri akan uruskan dengan yang lain,” katanya memetik Bernama Online.

Tetapi pengumuman menteri itu tidak meyakinkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan pembentukan RCO semasa lawatan kerja ke negerin itu minggu lalu.

Dilihat sebagai percubaan untuk mengawal keadaan, Dompok menjelaskan perdana menteri hanya akan mengumumkan perkara itu “pada masa yang sesuai”.

Tetapi media menggambarkan tindakan Najib itu sebagai “tamparan hebat” kepada parti BN Sabah, memberikan pembangkang alasan bahawa ia sering digunakan untuk patuh keputusan Umno.

Dalam temubual baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Yee Moh Chai, bagaimanapun, berkata alasan itu ditolak.

Ahli politik veteran itu mendesak parti-parti berasaskan Sabah dalam BN untuk bertegas agar mengikut apa yang mereka mahu, terutamanya tentang isu RCI. Beliau mendakwa perkara itu akhirnya hampir diselesaikan selepas setahun berdepan tekanan dari BN.

“Ini bukan perkara baru dalam objektif parti kita. Malah sejak dulu, manifesto parti kita mengutamakan perkara ini.

“Kita sekarang berada di satu peringkat yang kami letakkan harapan, lebih atau kurang kami di sana. Kami konsisten... kami perlukan ia (RCI), anda tahu,” katanya.

Dr Yee mengakui Umno bergantung kepada sebahagian besar kepada kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak untuk terus memegang kuasa pemerintahan tetapi tidak boleh berkata apa-apa jika parti BN Sabah menggunakannya sebagai “cip tawar-menawar” untuk mendapatkan hak mereka.

“Bagaimana anda tahu kami belum gunakannya? Ini adalah apa yang saya mahu beritahu anda... bagaimana saya perlu katakan kepada anda?

“Bagaimana kami perlu buat untuk mendapat apa yang kami mahu? Tetapi kami tidak perlu tunjukkan kepada dunia bagaimana kami lakukan... kami datang dari keluarga yang besar dan hubungan yang kuat,” katanya.

BN menguasai 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 57 dari 60 kerusi negeri. DAP mendapat satu kerusi negeri dan pusat sementara SAPP, bekas gabungan BN memperoleh dua kerusi setiap satu.

35 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Masalah projek IC ini perlulah disiasat dengan menggunakan RCI supaya mereka tidak akan menjadi pengundi hantu pada PRU masa depan.

Anak Sabah berkata...

Kita tidak akan tahu selagi kita belum mencuba. Berikan peluang untuk mencuba cara ini, jika kita gagal sekurang kurangnya kita pernah berusaha.

Tanpa Nama berkata...

adakah penubuhan RCI akan menjadi satu-satunya cara untuk berurusan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin?

Tanpa Nama berkata...

jika benar hanya RCI sahaja yang dapat menyelesaikan isu PTI, maka mudah-mudahan PM kita akan meluluskan penubuhannya sebelum PRU nanti

Tanpa Nama berkata...

walau bagaimanapun, penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar

Tanpa Nama berkata...

Biarlah keputusan yang tepat dapat dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan semua

Tanpa Nama berkata...

Memandangkan masalah PATI adalah hal yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, maka ia perlu diselesaikan dengan segera.

Tanpa Nama berkata...

masalah PATI di sabah makin menjadi -jadi.

Tanpa Nama berkata...

kerana itu RCI diperlukan bagi selesaikan masalah ini.

DorianG berkata...

This matter has always been use as a political capital for the opposition.

DorianG berkata...

But now Putrajaya has given confirmation that the RCI is at its final stage.

DorianG berkata...

There are still some scope within the RCI that needs to be taken into consideration.

DorianG berkata...

Perhaps when Najib was saying that he will announce this matter 'at a right time', he was probably refer to the completion of this 'scope'

DorianG berkata...

Hopefully the illegal immigrants question will be put to rest once the RCI has been implemented.

kamilla berkata...

Seharusnya masalah ini tidak di jadikan bahan politik.

kamilla berkata...

Memang masalah ini antara isu yang paling membimbangkan di Sabah, semakin ramai PATI di sini.

kamilla berkata...

Harap RCI akan dapat di tubuhkan tidak lama lagi, agar masalah ini dapat selesai dengan segera.

Tanpa Nama berkata...

Jika tindakan tegas dan langkah pencegahan diambil dari awal, masalah PATI mungkin tidaklah kronik seperti sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni, rakyat tempatan yang takut dengan PATI atau PATI yang takut dengan kita? Kebanyakan jenayah pun dilakukan oleh mereka. Keselamatan Sabah diancam dengan kebanjiran PATI di negeri ini.

running man berkata...

Jangan terlalu lama berteka-teki dengan penubuhan RCI.

running man berkata...

PATI sekarang semakin tembirang. Sampai bila mahu biarkan mereka bermaharajalela di negeri ini?

TuhauBam berkata...

sebab tu kita memerlukan RCI untuk selesaikan masalah PATI

Tanpa Nama berkata...

saya harap jika pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan negeri ini, meraka akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin termasuk masalah PATI dan projek IC di Sabah.. kesungguhan mereka membangkitkan isu ini seolah2 mereka telah mempunyai perancangan yang hebat dari kerajaan sedia ada..

Tanpa Nama berkata...

agak heran, kenapa Anwar senyap ketika beliau masih bergelar TPM dan menteri kewangan? dan begitu juga dengan YTL.. kenapa hanya setelah tidak mempunyai kuasa, barulah mereka bangkitkan isu ini?

Tanpa Nama berkata...

kalau tidak silap, RCI sudah dipersetujui oleh menteri2 di kabinet persekutuan.. jadi, jika RCI ini adalah penyelesaian terbaik, maka tidak lama lagi masalah PATI dan Projek IC di Sabah akan selesai..

jsiput berkata...

I really hope that the illegal immigrants in sabah will not given the power to vote.We can't have them voting for sabah's future.

jsiput berkata...

THe pati issue should be solved immediately before election comes.

No name berkata...

Isu PATI lama berlarut, harus bertindak cepat untuk menangganinya.

No name berkata...

Kerajaan persekutuan tiada sebab untuk menolak permintaan RCI.

No name berkata...

Buat masa kini, RCI adalah cara yang paling berkesan jika dibandingkan.

No name berkata...

Isu PATI harus diselesai sebelum PRU13 untuk memastikan PRU dijalan dengan bersih dan adil.

No name berkata...

Pihak berkuasa seperti JPN, Imigresen, SPR harus disiasat untuk mengelakkan mana-mana golongan menyalah guna kuasa.

Unknown berkata...

Kehadiran yang semakin membimbangkan ini sememangnya mengugat masa depan kita. Maka kita mahu kerajaan serius menangani isu PATI yang terdapat di Negara kita ini.

Unknown berkata...

hmmmm, tpi ckp je xguna if xda bukti. biasa yg aku nmpak dlm brita2 semasa, org tmpatan sabah yg slalu wat jenayah, jarang pulak dgr PATI. PATI ni biasanye la lbih kpada penyeludupan dadah/rokok/ic xda.

Unknown berkata...

mne x nye BN menang di sabah, sape undi BN, dorang bgi rm50 tu. huhuhuhu