Orang Kristian menyuarakan kemarahan ke atas pemimpin PAS yang dipecat, Hassan Ali dan meminta agar beliau memberikan bukti terhadap tuduhan beliau. Jika tidak, kerajaan yang ditadbir Najib Razak haruslah mengambil tindakan ke atas beliau dengan segera.
“Sesiapa yang membuat tuduhan sebegitu yang dianggap sangat tidak bertanggungjawab, ekstrimis atau gila harus menunjukkan bukti kukuh memandangkan polisi kerajaan yang sederhana,” beritahu Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat Pengajian Polisi Awam dan juga seorang pemimpin Kristian kepada Malaysia Chronicle.
“Ini adalah ujian yang baik terhadap kerajaan untuk mengukur kesiriusan mereka dalam berhadapan dengan ekstrimis dan ekstrimism. Pihak berkuasa haruslah dicabar untuk mengambil langkah yang segera atas tuduhan yang liar.”
Sudah banyak undang-undang, kenapa mempolitikkannya?
Rev Thomas Philips, ahli majlis kumpulan interfaith MCCBCHST juga mempersoalkan mengapa Hassan asyik membuat kenyataan sebegini.
Sudah terdapat banyak undang-undang yang melindungi orang Islam di negara ini. Saya tidak faham lelaki ini. Jika wujud perkara sebegini dan beliau ada bukti, kenapa tidak laporkn sahaja kepada pihak berkuasa? Mengapa harus mempolitikkan isu ini? Komen sebegini adalah berunsur hasutan dan akan menimbulkan masalah dikalangan rakyat berbilang kaum dan agama. Sebenarnya, kita apabila bergaul sesama sendiri tiada masalah,” beritahu Philips kepada Malaysia Chronicle.
Memurtadkan orang Islam kepada agama lain adalah salah di Malaysia. Begitu juga dengan berdakwah atau mengajar agama Kristian dan juga agama lain kepada orang Islam.
Hassan yang juga dipecat daripada majlis eksekutif adalah ahli dewan undangan negeri untuk Gombak Setia. Beliau dituduh oleh rakannya dalam PAS mensabotaj parti mereka dan bekerja untuk kepentingan Umno.
Ada di antara pengkritik yang mengatakan bahawa beliau bercita-cita hendak menjadi menteri besar, jawatan yang dijanjikan Umno kepada beliau sekiranya beliau membantu pakatan BN untuk menawan semula Selangor.
Jubah putih, baptis dan air holi
Pada Khamis lalu, Hassan memberitahu sidang media bahawa ada pendakwah Kristian yang berjubah putih dan sembahyang di dalam masjid demi untuk merapatkan diri dengan orang Islam.
Beliau berkata bahawa maklumat ini diberikan oleh 51 orang Islam yang mengaku bahawa mereka telah dibaptiskan dan diberi minum air holi.
Walaubagaimanapun, Hassan gagal untuk menunjukkan sebarang bukti konkrit dan enggan mendedahkan nama mereka yang membuat laporan.
“Mereka telah memberitahu pihak Unit Selamatkan Akidah sendiri. Itu kenyataan daripada mereka tetapi saya tak boleh beritahu siapakah mereka dan di mana insiden itu berlaku demi menjaga keselamatan mereka,” ujar Hassan.
Hassan juga dengan cepat mengatakan bahawa unit tersebut dahulu adalah sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat tetapi sekarang di bawah jagaan beliau sendiri.
Satu lagi yang ingin jadi 3 rd Force
Baru-baru ini, Hassan mengumumkan penubuhan JATI, sebuah NGO yang memperjuangkan Islam dan hak Melayu.
Beliau dianggap sebagai orang pintar dan telah menghairankan orang ramai dengan komen beliau yang kelihatan seperti menuduh orang Kristian untuk memurtadkan orang Islam dengan alat tangan yang menggunakan kuasa solar.
Walaubagaimanapun, beliau yakin beliau dapat melakukan perubahan politik dengan penubuhan NGO JATI yang beliau rancangkan untuk bertukar menjadi Kuasa Ketiga.
“Mereka yang merasakan bahawa saya menubuhkan JATI atas dasar kekecewaan akan kecewa. Saya sangka hanya desiran tetapi sekarang kelihatan ombak. Tidak mustahil JATI akan menghasilkan tsunami kecil di Malaysia,” ujar Hassan.Malaysia Chronicle
21 ulasan:
Buktikan jangan membabi buta membuat tuduhan.
Betul, tuduhan seperti ini sangat tidak bertanggungjawab dan ekstremis. Tidak sepatutnya ada kenyataan seperti ini dibuat kerana kita inginkan sebuah negara yang berasakan kesederhanaan.
Harap Hassan Ali akan memberikan bukti kukuh atas tuduah beliau. Jika tidak dapat dibuktikan, maka ia satu fitnah.
apa2 perkara sensitif seperti ini tak patut dibangkitkan.
lepas Ibrahim Ali, timbul lagi Hassan Ali yang mahu mencetuskan isu tentang agama.
Rasanya memang patutlah Hassan Ali ni dipecat. di luar pun timbulkan masalah lagi.
Tuduhan yang sangat melampau dan tidak patut di buat, memaulukan diri sendiri.
Hassan Ali memang sepatutnya di pecat, keyaatn yang beliau buat boleh menyebabkan salah faham antara semua pihak.
Harap perkara ini dapat di siasat dengan segera agar semua pihak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Ingatkan bila umur semakin meningkat, Hassan Ali akan jadi lebih bijak dan berhemah..rupa-rupanya semakin teruk!
Kenyataan Hassan Ali memang melampau dan berunsurkan hasutan. Orang macam inilah yang meruntuhkan perpaduan sesebuah negara. Beliau perlu dikenakan tindakan.
Kenyataan Hassan Ali paling lawak. Orang yang sama mentaliti dengan beliau saja yang akan percaya tuduhan beliau tentang isu murtad oleh Kristian.
Ibrahim Ali dan Hassan Ali, gandingann mantap dalam menghasut membenci kaum dan agama lain. Nasib bukan semua percaya kepada mereka.
pemimpin sepatutnya mengeratkan hubungan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.. memang teruklah ahli politik di negara ini..
agaknya inilah cara Hassan Ali mempopularkan dirinya setelah dipecat oleh pucuk pimpinan PAS.. kerajaan patut ambil tindakan terhadap beliau jika tuduhan beliu itu hanya fitnah semata2..
Isu berkait agama dan bangsa harus dielakkan.
Tindakan harus diambil jika beliau disabit bersalah.
Mereka yang merosakkan perpaduan antara berbilang kaum harus diambil tindakan.
Shouldn't relate any about religion, its causes harmful consequences. Anyway, investigate and resolve the issue peacefully.
Tidak perlu mempolitikkan isu tersebut. Selesaikan dengan cara yang lebih lembut.
Benar atau tidak rasanya semestinya bukti itu yang penting sekali dan bukannya hanya berkata-kata kosong.
Catat Ulasan