HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Februari 2012

Menteri diberi 14 hari, terima atau tolak pendaftran HRP


MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab dalam tempoh 14 hari sama ada kerajaan meluluskan ataupun menolak permohonan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) supaya parti itu didaftarkan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Rohana Yusof, yang mengarahkan menteri berkenaan untuk menjawab dalam tempoh yang ditetapkan apabila menerima perintah mahkamah itu.

HRP pada 2009 telah mengemukakan permohonan mendaftarkan parti itu tetapi tidak tahu mengenai status permohonan kerana tidak diberikan sebarang maklum balas atau surat-menyurat daripada Pendaftar Pertubuhan.

HRP diwakili oleh peguam P Uthayakumar, manakala Peguam Kanan Persekutuan Effendi Lazi Laden pula bertindak bagi pihak kementerian.

Tiada ulasan: