Nurul Izzah sebagai ahli parlimen Lembah Pantai dilapor mendakwa peruntukan DBKL untuk aktiviti persatuan perumahan rakyat tahun lalu, digunakan bagi membiayai majlis yang dihadiri menteri itu.
Beliau yang juga naib presiden PKR mendakwa mendapat maklumat itu daripada penduduk dalam kawasan parlimennya yang mengadukan hal itu selepas permohonan mereka ditolak DBKL.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Raja Nong Chik juga berulang-ulang kali menegaskan DBKL akan menjawab dakwaan itu.
Bagaimanapun, Raja Nong Chik berkata, beliau hanya menghadiri undangan sesuatu majlis tanpa mempersoalkan dari mana peruntukkan diperoleh penganjur.
"Rujuk kepada DBKL, DBKL akan jawab. Saya pun tak tahu mana peruntukkan. Saya hanya datang program sahaja. Tak ada saya terlibat dengan arahan mana-mana.
Raja Nong Chik juga menyifatkan perkara yang dibangkitkan anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu "bukan satu isu".
Mengulas lanjut, Raja Nong Chik berkata beliau dimaklumkan oleh DBKL bahawa "tidak ada peruntukkan untuk persatuan penduduk tapi ada peruntukan untuk program" tertentu.
Sehubungan itu, kata Raja Nong Chik terpulang kepada NGO yang memohon peruntukan tersebut untuk digunakan dalam programnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan