NORSHAHZURA MAT ZUKI
SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak perlu sedia bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdebat mengenai isu-isu negara terutama yang membabitkan ekonomi.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sememangnya ditunggu-tunggu untuk mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.
“Debat dua pemimpin tertinggi itu perlu, terutama untuk Perdana Menteri menjelaskan pendirian mengenai isu ketirisan ekonomi yang berlaku. Seeloknya sebelum pilihan raya umum akan datang supaya rakyat boleh menilai kewibawaan mereka.
“Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mahfuz berkata, debat antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kelmarin adalah di peringkat lain yang mewakili dua parti bermajoriti Cina.
“Jangan hantar wakil. Rakyat mahukan debat antara Najib dan Anwar, bukannya wakil mereka seperti sebelum ini apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dihantar untuk berdebat dengan Anwar.
“Melalui debatlah, Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat,” katanya.
Naib Presdien PKR, Nurul Izzah Anwar juga bersetuju supaya perdebatan itu antara Najib dengan Anwar.
“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, “ katanya
15 ulasan:
Bagus jugalah kalau Najib dah bersiapa sedia untuk berdebat dengan PKR. Kita tengoklah bila pendebatan ini akan dijalankan.
Pendebatan ini boleh membantu rakyat mendapatkan penjelasan dan kesimpulan mengenai isu-isu penting yang dihadapi oleh negara kita.
kita tgklah adakah debat ini akan berlaku?
siapa yang lebih gairah berceramah ke seluruh negara kalau bukan Anwar?? tidak cukup dengan itu, dia ajak lagi PM melayan debat beliau..
Anwar tidak dapat menunjukkan apa sumbangan beliau kepada negara ini khususnya di Selangor, sebab itu dia perlu berdebat dengan PM bagi mengetengahkan idea2 luarbiasa beliau dan dalam masa yang sama menggunakan kekuatan putar belit beliau bagi melemahkan hujah PM supaya beliau dilihat sebagai pemimpin paling agung di dunia sehingga layak diberikan gelaran 'anugerah tuhan'..
debat antara DAP dan MCA sebelum ni menguatkan lagi desakan supaya Najib dan Anwar perlu berdebat. rasanya Najib perlu lakukannya jika rakyat menginginkan demikian.
harap debat ni mampu memberikan kesan yang bik kepd rakyat terutama jika isu2 yang dibincangkan ialah berhubung dengan kepentingan rakyat.
Perlukah berdebat dan untuk apa debat itu?
Kita tunggu saja adakah permintaan untuk berdebat ini ditunaikan atau diendahkan saja. Bagi saya tidak ada perkara yang dapat dari berdebat.
Hopefully this debate session bring bring a betterment for the whole nation.
The debate should be on ground of 'agree to disagree' and not based on ego or personal sentiments.
May this debate spark new ideas or approach to the issues that has been domination both in the mainstream as well as the alternative media alike
PM sibuk 24/7. Tiada masa mahu layan karenah pembangkang.
PRU13 nanti yang jadi penentu. Ada masa untuk berkempen. Gunakanlah masa ini sebaik-baiknya. Mungkin PM akan sahut cabaran Anwar untuk berdebat. Siapa tahu kan..
rasanya lebih tumpuhkan pada hal2 negara dan kebajikan rakyat
Catat Ulasan