HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Februari 2012

Parti baru Jeffrey Kitingan bakal hangatkan persaingan di Sabah



Pengerusi parti baru ‘SabahStar’ Jeffrey Kitingan. — Gambar oleh Jack Ooi


KOTA KINABALU — Dilihat akan menggamatkan suasana pilihan raya umum, rakyat Sabah bakal bangkit melalui penubuhan parti baru dinamakan “Sabah Star” selain disertai pembangkang untuk menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu sejak sekian lama.

Diketuai Datuk Jeffrey Kitingan, parti berusia sebulan ini atau Parti Reformasi Negeri (STAR) percaya ia akan menimbulkan sentimen yang boleh memecahkan rekod keputusan pilihan raya umum di Semenanjung Malaysia.

Pemimpin veteran berusia 65 tahun ini, yang mempunyai pengalaman menarik sepanjang kariernya dilihat tidak menyerlah dan keluar daripada sekurang-kurang enam parti politik, menegaskan pada kali ini beliau merasakan perubahan akan berlaku di Sabah.

“Kami (rakyat Sabah) telah menderita. Kita telah mencapai kemerdekaan tetapi kami tidak menikmati erti kemerdekaan. Malah kami kehilangan kemerdekaan dan (kami telah) menjadi koloni sekali lagi,” katanya dalam temubual ekslusif bersama The Malaysian Insider.

Sepanjang tahun lalu, Dr Jeffrey melalui platform lain — Barisan Bersatu Borneo (UBF) — telah bergerak di kawasan luar bandar Sabah untuk membawa “Agenda Borneo”, walaupun kecil namun sentimen anti Tanah Melayu bertambah untuk menawan kuasa politik. Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung membentuk Malaysia pada 1963 tetapi Singapura meninggalkann gabungan itu dua tahun kemudian.

Beliau telah menganjurkan program yang dipanggil “Jamuan Teh Borneo” di sekurang-kurangnya 400 lokasi di seluruh negeri itu dengan harapan penggunaan peristiwa bersejarah “Jamun Teh Boston” akan membangkitkan semangat patriotisme di kalangan pengundi untuk mempertahankan autonomi negeri.

Peristiwa Jamuan Teh Boston merupakan peristiwa penting dalam perjuangan kemerdekaan Amerika apabila kolonis menghantar masuk kapal ke Boston Harbor pada 1773 dan membuang 342 peti bekalan teh ke dalam air sebagai bantahan terhadap cukai dikenakan Britain.

“Seperti kolonis di Amerika, kiami juga mahukan hak kami kembali. Kami mahu kembali ke perjanjian Malaysia 1963. Kami mahu segala perjanjian dilaksanakan...janji, jaminan,” kata Dr Jeffrey.

“Kami mahu peranan yang adil dalam kerajaan pusat - kami merupakan komponen yang membentuk Malaysia, jadi kami sepatutnya berkongsi peranan untuk menguruskan negara.”

Beliau menegaskan mana-mana pihak yang berkuasa untuk membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang — sama ada BN atau pembangkang — banyak perkara perlu dilakukan untuk menarik hati rakyat negeri itu — faktor utama yang boleh digunakan sebagai “cip tawaran” untuk mencapai autonomi Sabah.

“Kita akan lihat semula formula perkongsian kuasa... kerana, kami (Sabah) ialah sebuah negara merdeka - kami hanya bersetuju untuk membentuk persekutuan, itu sahaja,” katanya.

Sejak perjanjian Malaysia, Dr Jeffrey berkata rakyat Sabah menjadi “pengemis” di tanah air sendiri selain menjadi negeri termiskin walaupun kaya dengan sumber asli.

“Adakah anda tahu mengenai terma kuasa, kerajaan negeri hanya mengukit kira-kira RM3.6 bilion? Tetapi kami memberi RM35 bilion kepada kerajaan pusat setiap tahun,” katanya.

Beliau percaya peningkatan kemasukan pendatang tanpa izin di negeri itu akan menjadi masalah utama pada pilihan raya ke-13 nanti.

“Ini merupakan masalah utama yang telah kerajaan lakukan hanya untuk mengekalkan kuasa mereka, mereka sebenarnya memusnahkan negeri,” katanya.

Semasa lawatan kerja dua hari ke Sabah minggu lalu, Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan perjanjian Kabinet untuk membentuk suruhanjaya diraja siasatan ((RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri itu.

Sebaliknya perdana menteri mengumumkan Sabah akhirnya bangkit dengan sendiri daripada bawah dan kerajaan pimpinan PAS Kelantan menjadi negeri termiskin.

Tetapi Dr Jeffrey, negeri yang dikenali sebagai “negeri di bawah bayu” itu masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Beliau juga turut berasa kecewa dengan fokus pembangunan ekonomi kerajaan BN menambah semuanya mengenai “semenanjung, semenanjung, semenanjung.”

“Ia seperti, mereka makan dulu dan yang bakinya (diberikan) kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Tetapi semua itu boleh berubah, Dr Jeffrey percaya, dengan kerja keras di bawah.

Melalui “Jamuan Teh Borneo”, beliau memberi rakyat Sabah pengajaran tentang sejarah, di mana ia beliau yakin “pengetahuan adalah kuasa.”

Semasa setiap “jamuan teh”, Dr Jeffrey berkata peserta akan menjalani tiga proses - iaitu mempelajari tentang sejarah kemerdekaan Sabah dan pembentukan Malaysia; apa yang terjadi sejak perjanjian 1963 dan bagaimana untuk maju dan; sesi soal jawab.

“Jawapannya ialah pendidikan dan pengetahuan. Saya memberitahu mereka pengalaman saya yangl lalu semasa (bekas perdana menteri Tun) Dr Mahathir Mohamad berkata kepada saya, jangan ajar orang tentang apa yang mereka tidak tahu.

“Biar mereka tidak tahu apa-apa... jadi mereka boleh manipulasi dan kawal. Ini adalah sikap persekutuan, anda tahu,” katanya.

Walaupun beliau yakin “Agenda Borneo” mungkin boleh menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang, bagaimanapun Dr Jeffrey berkata Sabah Star akan menjadi “praktikal” jika berkuasa.

Katanya parti itu bersetuju untuk berunding tentang formula perkongsian kuasa dengan pembangkang utama lain di negeri itu, termasuk Parti Progresif Sabah (SUPP) dan tiga parti komponen Pakatan Rakyat, dianggotai PKR, PAS dan DAP berasal dari Semenanjung Malaysia.

Tetapi Dr Jeffrey mempunyai satu syarat yang kelihatan tidak akan dipersetujui pakatan pembangkang Pakatan Rakyat — iaitu semua parti asal Sabah mengambil mengambil kerusi utama pada pilihan raya umum akan datang.

“Ada beberapa kerusi, saya boleh katakan di kawasan yang berkonflik. Sebab itu kami cadangkan Pakatan Rakyat, yang berasal dari semenanjung fokus kepada semenanjung sementara kami di sini dan kita akan menyokong antara satu sama lain semasa membentuk kerajaan pusat,” katanya.

Dr Jeffrey berkata Sabah Star mempunyai senarai calon yang bersedia untuk bertanding di 22 atau sekurang-kurangnya 30 kerusi negeri dari 60 kerusi.

Calon-calon itu, katanya terdiri daripada sekurang-kurangnya 80 hingga 90 peratus pendatang baru politik, kebanyakannya terdiri daripada guru dan profesional dengan sebilangan kecil merupakan ahli politik seperti dirinya.

“Guru merupakan penyokong terbesar kami dan orang muda akan masuk.

“Jadi saya fikir kesannya ada...ia sedang dibina dengan baik. Saya tidak lagi bersendirian dalam mempertahankan autonomi Sabah,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, BN menyapu bersih 59 dari 60 kerusi tetapi hilang dua kerusi selepas SAPP keluar dari parti gabungan itu. DAP mempunyai satu kerusi.

26 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Kemunculan sebuah parti baru ini bolehlah mewujudkan persaingan yang sihat antara semua parti yang bertanding dalam PRU-13.

Anak Sabah berkata...

Kerajaan Pusat perlulah menghormati Sabah sebagai negeri yang merdeka dan membenarkan Sabah berdikari untuk mengurus negeri kita sendiri.

Tanpa Nama berkata...

di sabah mempunyai begitu byk parti di tambah lagi dgn kemunculan parti Star.

Tanpa Nama berkata...

kita tgk adakah Star dpt memberi saingan hebat dalam politik Sabah.

DorianG berkata...

Looking STAR in a glance clearly shows that there there is substance as well as the support of the masses.

DorianG berkata...

But if one dissect the matter, one can clearly see that there is are still a lot of matters that needs to be taken account.

DorianG berkata...

This includes the increment of the oil royalty. The difference of the agreed number differs from other opposition party.

DorianG berkata...

While other opposition party are at each others throats, STAR chooses to remain silent over the matter. Star did not take the initiative to rally these parties to their common agenda as well as their common cause.

DorianG berkata...

In some sense one can assume that STAR is in a self preservation mode: while waiting for the other fractions to destroy themselves in the eyes of the Sabahan.

DorianG berkata...

Apart from that, All oppositions party (regardless if they are Sabah based party or of that from the peninsular) still assertive that they are to contest in all seats (if not majority of the seat). It seems that there are NO Common Formula amongst them with regards to the Power sharing formula.

kamilla berkata...

Parti STAR memang akan memberi saingan di sabah, harap BN akan bersiap sedia.

kamilla berkata...

STAR telahpun memulakan saingan mereka dengan cuba memancing rakyat dengan kenaikan royalti minyak.

kamilla berkata...

Parti baru di sabah semakin banyak dan pasti ini akan merancakkan lagi PRU13 nanti.Kita tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

Lebih bagus jika BN vs STAR. PArti pembangkang lain jadi pemerhati saja. Hehe.

Tanpa Nama berkata...

Berkenaan dengan royalti minyak, ia adalah mustahil untuk dapatkan kenaikan yang tinggi kerana keputusannya masih dikawal oleh pihak lain. Be realistic to people when giving them hope.

TuhauBam berkata...

kemasukan STAR dalam arena politik Sabah memang menghangatkan lagi politik Sabah. Tapi bergantung dengan rakyat Sabah juga.

running man berkata...

Banyak juga cerita pasal STAR ni. Tapi tidak tahulah sama ada mereka betul2 mantap ataupun indah khabar dari rupa saja.

running man berkata...

Rakyat mahu p/raya dijalankan dengan adil dan bersih. Nyah pengundi2 hantu tu.

Tanpa Nama berkata...

mampukah STAR menawan kubu kuat BN jika parti baru itu terpaksa bersaing dengan parti2 pembangkang yang lain??

Tanpa Nama berkata...

STAR sebagi parti baru walaupun dianggotai oleh pemimpin2 politik veteran, tidak patut tunjuk ego dan membelakangkan parti2 pembangkang yang lain.. lagipun STAR bukanlah parti tempatan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Sabah..

Tanpa Nama berkata...

jika STAR menanam sentimen anti parti Malaya/luar, mereka patut sedar bahawa STAR juga parti luar.. sekiranya STAR berjaya merampas kerajaan Sabah dan Sarawak, agaknya dimanakah pusat pentadbirannya kelak?? sudah tentulah Sarawak..

No name berkata...

Pertambahan parti bukannya isu, yang penting memilih dan bersaing dengan cara yang lebih adil dan terbuka, segala tektik kotor harus dimansuhkan.

No name berkata...

STAR masih baru, bukan senang untuk menambat hati pengundi. Walau bagaimanapun, tidak harus melupakan tanggung jawab kepada rakyat.

No name berkata...

Masing-masing memulakan aktiviti untuk memancing undi. Sejauh mana parti lam adan baru berjaya starteginya, terpulang kepada rakyat untuk menentukannya.

No name berkata...

BN indeed strong in Sabah, not an easy task to take over by the opposition. Anyway, good luck!

Unknown berkata...

Sememangnya Parti Baru STAR dibawah JK ini sangat hangat diSabah.