HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Februari 2012

Putrajaya Bidas Mallot Berat Sebelah

Post Pic


ANTARA POS.COM


PUTRAJAYA: Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott diselar kerana menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal melaksanakan pembaharuan ekonomi dan politik yang dijanjikan.

Dalam satu surat bertajuk "Pembaharuan Malaysia Adalah Benar" , yang disiarkan dalam Wall Street Journal (WSJ), Setiausaha Rendah Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam, Ahmad Rozian Abdul Ghani menulis: " Sekali lagi John Mallot mengemukan kepada Wall Street Journal dengan kenyataan yang, walaupun petah memberikan komen menyuarakan secara peribadi rasa bencinya kepada kerajaan Malaysia, namun hanya tidak mempunyak hubung kait dengan fakta (“Testing Malaysia's Promises”, op-ed, Jan. 12).

“Untuk menyatakan tidak satupun cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa yang berkecuali berhubung pembaharuan daftar undi dilaksanakan membayangkan bahawa kerajaan seolah-olah lembab bertindak walaupun secara realitinya adalah bertentangan.

Tiga minggu sebelum artikel Mallot disiarkan, setiap syor daripada ahli dalam jawatankuasa tersebut disokong oleh Parlimen Malaysia dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) sendiri telah memberikan komitmen melaksanakan langkah-langkah yang di syorkan sebelum pilihanraya akan datang diadakan. Tiada langsung alasan untuk mendakwa sebarang kelewatan mahupun penghalangan," tulis beliau lagi dalam surat berkenaan.

Beliau(Ahmad Rozian) juga menulis adalah tidak tepat untuk menyatakan Perdana Menteri Najib gagal melaksanakan janjinya berkaitan pembaharuan dalam politk dan ekonnomi dalam tempoh kurang tiga tahun sejak beliau menjadi perdana menteri, urusan syarikat asing melabur di Malaysia telah dipermudahkan, mengkaji semula undang-undang opresif, mengurangkan kadar penngangguran, memberikan kemudahan pelajaran percuma, mengurangkan kadar jenayah serta meningkatkan kadar pendapatan purata ke tahap yang membanggakan.

"Bagi gejala rasuah pula, ketika perdana menteri mengambil tindakan yang wajar untuk menangi gejalaitu, seperti meluluskan undang-undang pemeberi maklumat, menubuhkan mahkamah khas dan melancarkan ikrar ketelusan korporat, ketua pembangkan Anwar Ibrahim gagal menjawab berkaitan persoalan serius penipuan undi dalam pengundian partinya sendiri.

Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya berkerja keras mewujudkan keamanan, kemakmuran dan demokrasi kepada setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun penngaruh politik. Sudah tiba masanya Mallot, yang pandangannya nampaknya selalu dipengaruhi oleh hubungan karibnya dengan keluarga Anwar, mengakui perkara ini dan memberikan pujian yang sewajarnya."

Tiada ulasan: