HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 Februari 2012

Sabah lebih maju bersama Pakatan Rakyat

Mohd Firdaus,


KOTA KINABALU:
Rakyat Sabah akan menikmati peluang kemudahan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, ini kerana negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat telah berjaya menunjukkan aliran gerakan ekonomi dan pembangunan yang jauh lebih baik berbanding prestasi Barisan Nasional (BN) pada sebelumnya.

“Ini bukan dongengan, bukan juga rekaan cerita semata. Rakyat diberi pilihan untuk menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik.

“Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa kita boleh memimpin dengan baik di sebuah negeri maju seperti Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kekayaan hasil bumi Sabah seharusnya dinikmati semua pihak termasuk rakyat, pengurusan perlu dijalankan secara adil dan berhemah.

“Sabah yang kaya ini, perlu selaras dengan kekayaan yang dimiliki rakyat. Tidak ada gunanya, jika sebuah negeri hanya kaya tapi rakyatnya hidup susah... nak makan susah, nak minum, cari air pun susah... apatah lagi untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

“Ini bukan isunya kerajaan terlepas pandang, tapi ke mana hasil kekayaan bumi Sabah ini?” soal Lahirul.

Tambahnya, beliau turut mendesak Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman agar tidak terus menyembunyikan fakta dan kedudukan sebenar tahap kemiskinan rakyat di negeri ini.

Hal ini bagi menjamin, satu kualiti kehidupan yang jauh lebih baik dari setahun ke setahun.

“Kita (PAS) desak, Musa Aman agar tidak terus menyembunyikan masalah sebenar kepada rakyat. Tidak usah untuk membohongi rakyat lagi... cukuplah dengan beberapa kenyataan Perdana Menteri sendiri yang nyata telah mengguris hati rakyat,” ujarnya.

46 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Semua ini cuma spekulasi sahaja, tiada orang tahu sama ada Sabah betul-betul lebih maju bersama Pakatan.

Mohd Ishak berkata...

Rakyat sepatutnya pandai menilai sendiri tanpa pengaruh orang luar, jangan terdedaya dengan janji-janji manis dan undilah dengan bijaksana.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Sabah akan melihat dan menilai sendiri bagaimana janji kerajaan BN pada kali ini dari aspek kejujurannya kerana semua itu akan diterjemahkan oleh rakyat itu sendiri dalam memutuskan keyakinan mereka

Tanpa Nama berkata...

segala-galanya di tangan rakyat untuk menuntut kerajaan supaya projek2 yang telah dijanjikan itu dilaksanakan sebelum PRU13

Tanpa Nama berkata...

walau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang

Tanpa Nama berkata...

apa yang penting ialah tanpa janji kerajaan harus terus komited untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk menjaga kepentingan seluruh rakyat negari ini.

Tanpa Nama berkata...

Let’s all rise and infuse ourselves with the sense of awareness

jackie berkata...

Biar rakyat yang menilai sendiri keupayaan pakatan.

jackie berkata...

Harap rakyat tidak akan cepat terpedaya dengan janji2 yang di berikan. Kita tidak tau apa akan jadi nanti.Belum tau lagi jika pakatan yang memerintah sabah akan lebih maju.

jackie berkata...

Kerajaan juga harus menunaikan janji yang diberi kepada rakyat agar rakyat tidak hilang kepercayaan.

jackie berkata...

Senang untuk berjanji, menunaikan nya, belum tentu dapat.

jackie berkata...

Semua terletak di tangan kita untuk menentukan nasib kita sendiri.Undi dengan bijak.

jsiput berkata...

Its up to the people to decide who will lead sabah.

jsiput berkata...

I'm sure the people is smart enough to determine which party is best for sabah.

Antanum berkata...

Selama ini pun Sabah bersama dengan BN, banyak perubahan yang berlaku terutama dari pembanggunan.

Antanum berkata...

Pakatan hanya "perasan" bagus. Kalau bagus sangat kenapa rakyat masih tidak menyokong dan memberikan sepenuhnya undian mereka kepada Pakatan?

Tanpa Nama berkata...

negeri2 yang dibawah Pakatan tidak maju juga pun.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat takkan mudah terpedaya dgn kata2 manis pakatan.

Nemia berkata...

How do you know Pakatan is the best choice?

onong berkata...

Apa Pakatan boleh berikan kepada rakyat Sabah?

Ezef berkata...

DAP and SAPP are facing huge problems now.So how Pakatan is gonna stand on us? Pondering.

noemi berkata...

Ah ah, I'm afraid it's not like that.

unknown berkata...

Totally bull shit.

Ezef berkata...

Pakatan is a big no no for Sabah.

Tanpa Nama berkata...

yup, bukan juga cerita dongeng bila PAS gagal memajukan negeri Kelantan dan menyelesaikan masalah air di negeri itu setelah lebih 20 tahun mentadbir negeri itu..

Tanpa Nama berkata...

kekayan bumi Sabah tentunya menjadi idaman pemimpin2 Pakatan.. lihat saja apa yang berlaku di selangor.. apa lagi kekayaan yang ada di selangor hinggakan pasir pun dibolot oleh pemimpin2 mereka.. adakah skandal pasir di selangor itu boleh dijadikan sandaran untuk rakyat negeri ini memilih Pakatan Rakyat pada PRU akan datang??

Tanpa Nama berkata...

Rakyat banding2kanlah antara negeri2 tadbiran pembangkang dan negeri2 yang ditadbir oleh BN. mana satu yang lebih baik??

Tanpa Nama berkata...

pembangkang jangan berjanji ikut sedap mulut saja. janji tu biarlah dibuat berdasarkan keupayaan bukan semata2 mahu memanjing undi rakyat.

Unknown berkata...

tidak perlulah memuji diri sendiri. Balik-balik sudah parti lain cakap macam itu.

Unknown berkata...

Biarkan saja rakyat nanti menilai. Maju dengan PR atau pun tidak. Mungkin parti tempata sendiri lebih menjadi pilihan utama.

Scarlett berkata...

Sabah akan lebih maju atau "lebih maju" bila bersama Pakatan? Skandal pasir apa kes??

Scarlett berkata...

Dengan kekayaan bumi Sabah, sudah pasti ramai ahli politik yang mahu kaut keuntungan daripadanya. Usah menabur janji setinggi gunung Kinabalu jika akhirnya hanya mahu memanipulasikan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Mana-mana parti pun boleh cakap macam tu bah..janji mahu majukan negeri ini..iya, majukan poket sendiri saja ada lah..

Tanpa Nama berkata...

Suka atau tidak, BN akan menang disebabkan faktor-faktor kelebihan yang ada pada mereka.

TuhauBam berkata...

ABU = Anwar Bukan Utama

Tanpa Nama berkata...

lihat di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR..adakah semua janji sudah dipenuhi atau sebaliknya?

Tanpa Nama berkata...

apa pun, terserah kepada setiap rakyat utk buat pilihan mereka sendiri.

DorianG berkata...

After taking into account all the news flow related to the opposition front, regardless if they are from the state or the peninsular, clearly one can deduce that the the call for a 'united opposition' front clearly a myth and will not be a reality.

DorianG berkata...

Each strive to fight for their own ideology. To makes matters worse for the oppositions, there are some parties have internal conflicts if not internal communication errors.

DorianG berkata...

To some extent, some opposition parties even put up a public display of their difference of opinion on certain matter.

DorianG berkata...

But what is most damning is that these peninsular base opposition parties will not put the interest of Sabahan as their primary agenda.

DorianG berkata...

Assuming one goes to the argument that the current status quo is evil, on grounds that they are from the 'other side' so to speak, isn't it too a form of betrayal to the people of Sabah by trading for another peninsular base party? trading the present evil for another lesser evil?Lesser or not evil is still evil.Therefore, one can conclude that the opposition is not the best choice.

DorianG berkata...

The Barisan Nasional (BN) will ensure that the people’s welfare and needs will be fulfilled if it is returned to power in the next general election.

DorianG berkata...

Various aid extended to the people, including the 1Malaysia People’s Assistance (BR1M), were part of the BN continuous efforts to ease the burden of the people and help them improve their family economy.

DorianG berkata...

History has shown that the BN had always been working in the best interest of the people in looking after their welfare. However, the BN needs the mandate of the people to ensure continuous efforts could be implemented.

DorianG berkata...

Rapid development under the BN administration would enable the people to unleash their potentials in the march towards a high-income nation.