HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Februari 2012

TPM: Jangan harap populariti Najib saja

MALAYSIA KINI

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa jentera BN Selangor supaya bekerja dengan lebih keras lagi dan tidak hanya bergantung kepada peningkatan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinKatanya, berdasarkan analisis keadaan politik semasa, secara umumnya ada peningkatan sokongan secara menyeluruh kepada BN ketika ini berbanding tahun 2008.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan dengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di Shah Alam, semalam, katanya faktor yang menonjol ialah sebahagian besar rakyat Selangor menyanjung kepimpinan Perdana Menteri dan trend ini pada umumnya meningkat, sekaligus menambah keyakinan BN untuk mencapai lebih banyak kemenangan pada ilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Muhyiddin, penerimaan masyarakat tanpa mengira kaum terhadap BN adalah jauh lebih baik kerana usaha kerajaan membantu rakyat menerusi insiatif seperti bantuan awal persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

NONESempena lawatannya ke Selangor, Muhyiddin juga mengadakan pertemuan dengan kepimpinan BN Selangor yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Noh Omar serta mendengar taklimat mengenai kesiapsagaan BN Selangor menghadapi PRU ke-13.

Katanya beliau telah memberi prasyarat kepada semua pemimpin BN Selangor supaya mengukuhkan setiap parti komponen parti BN negeri bagi menempa kejayaan pada PRU nanti.

Asrama diroboh

]Selain menilai keprihatinan kerajaan pusat terhadap rakyat dengan pemberian subsidi yang kini mencecah RM33 bilion termasuk RM17 bilion untuk bekalan minyak, Muhyiddin berkata rakyat Selangor juga menilai apa yang dlakukan atau tidak dilakukan oleh kerajaan negeri.

budget 2006 oil production"Jadi banyak perasaan tidak senang hati dan tidak puas hati dapat saya rasakan di kalangan rakyat dengan cara negeri itu diuruskan,," katanya.

Beliau berkata golongan peniaga di negeri itu tidak begitu seronok dengan kos perniagaan yang didakwa meningkat, penyelewengan dalam kerajaan dan dasar-dasar mereka yang bercanggah dengan kepentingan rakyat seperti dalam soal tanah, asrama Yayasan Selangor dan pengurusan Universiti Selangor.

"Ini menunjukkan sikap kurang prihatin kerajaan negeri terhadap masalah masyarakat umum...mungkin kerajaan negeri lebih mementingkan soal hasil pendapatan tetapi kerajaan pusat mengambil kira semua aspek termasuk menolong dan menjaga hati rakyat, katanya.

azlanMengenai cadangan pengurusan Yayasan Selangor untuk merobohkan asrama pelajarnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata setakat ini tiada kedengaran pelan alternatif tetapi difahamkan pelajar berkenaan akan ditempatkan semula di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

"Sebagai Menteri Pelajaran saya tak tahu cerita itu dia nak tempat kat mana? Sekolah kita dah ada dan pelajar kita dah ada maknanya dia nak lepas tangan begitu," jelasnya.

Katanya rakyat Selangor tentu kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab itu.

Tiada ulasan: