PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
Pada masa sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) di mana proses pendaftaran dijalankan setiap hari, manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.
Beliau berkata, tempoh untuk mendaftar sebagai pemilih sehingga proses mewartakan daftar pemilih mengambil masa kira-kira empat bulan setengah.
“Secara puratanya, SPR mengendalikan antara 200,000 hingga 250,000 permohonan pendaftaran baru dan pertukaran alamat pusat mengundi bagi setiap DPT ST,” katanya.
Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu, Abdul Aziz berkata jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang, manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih belum mendaftar sebagai pengundi. – BERNAMA
7 ulasan:
Banyak kelemahan dan kekurangan pada SPR yang perlu segera diperbaiki sebelum diadakan PRU13.
Mereka yang layak mengundi harus ada kesedaran untuk jalankan kewajipan sebagai pengundi. Daftar diri sekarang!
Dilaporkan terdapat lebih 3 juta orang yang masih belum mendaftar sebagai pengundi walaupun sebenarnya mereka sudah layak mengundi. harap2 tahun ni mereka yang dimaksudkan akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Hope that those who are eligible to vote will register themselves as voter before Sunday so that they may vote if the next GE is held in June.
sesiapa yang belum mendaftar sebagai pengundi, daftarlah segera.
Maka tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia.
Daftarlah sebagai seorang pengundi untuk PRU13 yang akan datang. Jangan lepaskan peluang ini.
untuk jimat masa, tenaga dan kos, baik laksanakan pendaftaran secara automatik..
Catat Ulasan