HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Mac 2012

DAP: Syarikat pengarah NFC tak aktif sejak 2007

Tiga syarikat yang dimiliki oleh pengarah syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) didapati tidak aktif dan tidak memfailkan sebarang akaun yang diaudit kepada Pendaftar Syarikat sejak tahun 2007.

Syarikat berkenaan adalah antara syarikat-syarikat yang mana pengarah NFC didakwa telah memindahkan sebahagian daripada pinjaman mudah RM250 juta yang dibekalkan oleh kerajaan untuk projek ternakan lembu itu.

NONEMenurut dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dibekalkan oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, ketiga-tiga syarikat itu - Meatworks Corporation Sdn Bhd (Meatworks), Real Food Company Sdn Bhd (RFC), dan National Meat & Livestock Corporation (NMLC) - dimiliki oleh empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohd Salleh Ismail, yang juga pengerusi eksekutif NFC, dua anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izmir dan Wan Shahinur Izran,serta anak perempuan mereka Wan Izzana Fatimah Zabedah yang semua mereka adalah pengarah NFC.

Menurut dokumen berkenaan kedua-dua syarikat - NMLC dan RFC - tidak pernah mengemukakan akaun beraudit mereka sejak empat setengah tahun, sejak 30 Jun, 2007, apabila mereka masih merupakan syarikat dorman tanpa sebarang pendapatan atau aset. Meatworks pula tidak pernah memfailkan akaun sejak ditubuhkan pada 17 Sept, 2009.

NONEKegagalan mengadakan mesyuarat agung tahunan syarikat, dan memfailkan penyata kewangan tahunan kepada Pendaftar Syarikat bersama-sama dengan laporan kewangan yang diaudit adalah satu kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965, yang mana mereka boleh dikenakan penjara lima tahun atau denda RM30,000, kata Pua.

Tiada ulasan: