ANTARA POS.COM
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfitnah beliau dan pegawai-pegawainya dengan mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat tuduhan palsu.
Berucap pada majlis sambutan hari lahirnya malam semalam, Ramli memerinchi tindakan Gani itu yang menurut beliau banyak mengaibkan dirinya, pegawai-pegawai serta keluarga masing-masing sejak tahun 2007.
Menurutnya fitnah dan tuduhan palsu itu bermula apabila beliau dan pegawai-pegawainya menyiasat seorang yang dikatakan mendalangi sidiket Ah Long; pelacuran dan pengedaran dadah yang dibuang daerah ke Jeli Kelantan.
Ramli berkata Gani bertindak membebaskan penjenayah itu tanpa syarat dan kemudian membawa pendakwaan palsu terhadap beliau(Ramli) dan pasukan petugas yang menyiasat penjenayah itu, lapor Malaysiakini.
"Pegawai saya didakwa kerana kononnya membuat kenyataan palsu dan ayang direka cipta terhadap Ketua Polis Negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan). Pada masa itulah Gani menyerahkan fail siasatan (kami) yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit SPRM untuk mengganggu saksi-saksi yang memberikan keterangan itu," ujar beliau lagi.
Ramli berkata beliau bersyukur kerana mahkamah akhirnya mendapati beliau dan anggota pasukannya tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan yang didalangi oleh Gani.
Ramli berkata sehingga sekarang pencen beliau masih ditahan kerana Gani masih belum bertindak kes rayuan saman yang dianggapnya "kes kecil berbanding dengan perbicaraan lain sebelum ini".
Majlis sambutan hari jadi Ramli turut dihadiri oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Chong Kah Kiat, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar, bekas Ketua Pengarah Ke menterian Dalam Negeri Aseh Che Mat dan lain-lain pegawai kanan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan