HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Mac 2012

Hasan Ali: Golongan 'parasit' mahu jatuhkan MB Kedah

MALAYSIA KINI

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa golongan 'parasit' yang menguasai parti itu sudah menjatuhkannya dan sekarang mereka hendak menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"...dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kota Bharu malam tadi.

Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan "politik jatuh menjatuhkan" itu sejak di luar negara lagi.

Beliau berharap anggota dan penyokong PAS sedar terhadap apa yang sedang berlaku dalam parti itu.

Katanya, PAS sudah hilang halatuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan "parasit" dalam parti itu.

"PAS sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud...sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya," katanya.

Hasan yang dipecat daripada PAS, berkata parti itu kini dikuasai oleh golongan "parasit" sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis. Bernama

Tiada ulasan: