HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Mac 2012

Kertas Siasatan NFCorp Diserahkan Semula Kepada Polis

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Kertas siasatan berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) telah diserahkan kembali kepada pihak polis hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes tersebut bagaimanapun mereka tidak dimaklumkan sebab kertas siasatan tersebut dipulangkan.

Berhubung demonstrasi membantah projek pembinaan loji nadir oleh Kumpulan Lynas di Gebeng, Pahang (Lynas) di Pulau Pinang minggu lalu, Khalid berkata pihak polis akan menyiasat video dan gambar yang diambil pada majlis yang diadakan di Speaker’s Square di George Town.

“Kita akan merekodkan kenyataan daripada mangsa. Pada masa yang sama kita akan menyiasat dakwaan bahawa peserta yang menyertai demonstrasi tersebut membuat kecoh dan pihak polis tidak menghalang pergaduhan tersebut,” katanya.

Tiada ulasan: