TV Astro Beyond saluran 222 telah menyiarkan secara langsung perayaan Pesta Ponggal yang tertunda di Papar walaupun pada zahirnya ia tidak nampak ada langsung intipati perayaan Ponggal pada suasana mahupun dihati mereka yang hadir.
Kenapa “kolaveri” pesta Ponggal dan kenapa MIC memperbodohkan PM Najib Razak serta isteri Dr Rosmah Mansur dan para menteri yang setia mengahdiri upacara itu yang antaranya ialah Koh Tsu Koon, Liow Tiong Lai dan Rais Yatim. Jawapannya adalah kerana PRU ke 13. Najib boleh saja memberitahu Palanival, ‘pergunakanlah saya tapi pastikan nanti kita mendapat undi mereka dan rampas Kapar dari Big Mike’. ( Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam)
Ia seperti menonton filem Tamil 'SIVAKASI' dimana protagonis membawa pelakon terkenal (Nayantara) untuk menari dan meraih undi daripada rakyat supaya mengundinya. Tapi, hero Vijay yang kakaknya calon pembangkang, mencuri tumpuan dihadapan mata protagonis itu sendiri. Saya hampir fikir Big Mike akan muncul tetapi tiada pula.
MIC dan Astro telah bersusah payah membawa penyanyi Koothu dan bintang filem Kollywood (Bollywood versi Tamil) untuk memeriahkan lagi majlis dengan menyanyikan lagu dan tarian “koothu” semata-mata kerana itu. Kumpulan Kilat Kapar telah dipergunakan sepenuhnya dalam majlis itu. Saya pasti jumlah yang besar juga telah dibelanja untuk artis yang hadir dan untuk mengadakan siaran secara langsung.
Muka Rosmah menjadi cair
Selama 3 jam, Najib dan Rosmah duduk dan menonton persembahan dengan bosan dan penat. Rakaman jarak dekat pada muka Rosmah menunjukkan wajahnya seakan cair. Kenapa ia berlaku saya sendiri pun tidak tahu. Namun ia agak aneh.
Kemuncak persembahan selain daripada “Koothu” adalah ucapan Najib dan seperti biasa, menyalurkan wang kepada sebuah kuil di Shah Alam dan sekolah Tamil di sekitar kawasan itu. Ini adalah caranya ‘trademarknya’ "lu tolong gua, gua tolong lu". Sebuah ucapan yang kita boleh agak, intipatinya, tiada apa-apa yang istimewa.
Palanivel juga memuji Najib dan Rosmah dan berkata harapan orang India dalam genggamannya. Dia kemudian tanpa segan silu meminta sokongan Najib. Tapi, ironinya, Palanivel, sebagai persiden MIC yang juga menteri pertanian meminta kaum India untuk menanam makanan sendiri dihadapan dan belakang rumah untuk menyara hidup. Saya fikir dia akan menyediakan tanah untuk pertanian bagi orang India. Malangnya, dia meminta mereka menjadi petani miskin.
Hormati dan beri layanan baik kepada orang Tamil Malaysia
Jadi, MIC fikir mereka hanya perlu mempersembahkan orang Tamil dengan artis Tamil dan kaum ini akan mengundi untuk mereka. Mentaliti murahan dalam layanan kelas kedua kepada orang Tamil begitu menjijikkan. Mereka sebenarnya bijak,, kuat berusaha dan amanah.
Apa yang anda perlukan lakukan untuk memenangi hati mereka adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa anda mengambil berat dan memberikan mereka layanan yang sama rata.
Beritahu mereka bahawa mereka adalah orang Malaysia dan kemudian dikenali melalui kaum sendiri sama ada Melayu, India, Cina, atau mana-mana bangsa yang lain. Barulah anda akan mendapat tempat dihati mereka. Layanilah mereka sebagai rakyat Malaysia. Seperti yang diucapkan Najib, "ONE MALAYSIA".Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan