KUALA LUMPUR: Seorang aktivis sosial pada Ahad mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan satu dasar bagi membantu penagih dadah yang telah pulih mendapat pekerjaan sama dengan bantuan yang disediakan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mendapatkan pekerjaan bagi penagih dadah yang telah dipulihkan dapat membantu mengurangkan jenayah di negara ini.
"Penagih dadah yang telah dipulihkan mungkin kembali menagih jika mereka gagal dalam apa jua usaha bagi mendapatkan pekerjaan dan menjalani kehidupan baru," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, dengan menyediakan pekerjaan kepada bekas penagih akanmenghindarkan mereka daripada jenayah kerana ia dikenal pasti sebagai satudaripada sebab-sebab utama kejadian jenayah ragut dan jenayah kecil yang lain.
Lee berkata, penagih dadah yang telah berjaya menjalani program pemulihan danlatihan semula perlu dibantu untuk menjalani kehidupan dengan hasil pendapatanmereka. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan