ANTARA POS.COM
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan bahawa hanya mereka yang "beragama Islam yang soleh" boleh memimpin Pas, sekali gus menolak pandangan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti Dr Zulkefly Ahmad.
"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan Muslim yang soleh boleh memimpin Pas sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi ALLAH SWT," kata beliau menerusi Facebook hari ini.
Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor kelmarin berpendapat bahawa Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Dzulkefly berkata, dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah ialah perkara politik.
Pandangan itu bagaimanapun di tolak oleh Pemuda Pas yang berkata pelantikan pemimpin bukan Islam adalah bertentangan dalam kepemimpinan Jemaah Islam.
Ketuanya Nasarudin Hassan berkata pihaknya tidak menolak kerjasama dengan pihak bukan Islam namun menegaskan bahawa Pas harus dikekalkan parti yang setaus peratus berwajah Islam.
“Tidak usahlah kita membuka kepemimpinan jemah kepada orang bukan Islam kerana ia bercanggah dengan syariat Islam,” beliau dipetik berkata semalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan