HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Mac 2012

Pemimpin pelajar disiasat dakwaan menghasut

Polis sedang menyiasat seorang pemimpin pelajar, Khalid Mohd Ismath berhubung ucapannya pada 23 Februari lalu di perhimpunan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Beranang - sebuah pekan kecil berhampiran sempadan Selangor-Negeri Sembilan.

NONEMengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Abdul Rashid Wahab berkata, timbalan presiden NGO pelajar - KAMI - itu sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Pemimpin pelajar UiTM itu telah menyampaikan ucapan bersama dengan Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan; Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad dan ADUN Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun.

"Polis datang ke rumah saya untuk memaklumkan kepada saya bahawa saya perlu hadir di ibupejabat polis Kajang untuk memberi kenyataan saya pada jam 3 petang (Jumaat)," katanya menerusi SMS kepada Malaysiakini lewat malam tadi.

Beliau akan ditemani oleh Arutchelvan yang telah dipanggil untuk membantu siasatan semalam.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kanan yang menghubungi bahawa ia ekoran satu laporan polis yang dibuat berhubung perkara itu.

NONEKhalid Samad (kanan) turut menerima panggilan telefon dari pihak polis semalam berhubung perkara yang sama.

Beliau dijadual menemui pihak polis lewat minggu depan kerana beliau tiada di kawasannya dalam masa beberapa hari yang akan datang.

"Pegawai polis ada rakanan video majlis tersebut, jadi saya tidak fikir ada masalah untuk membersihkan nama kami," kata ahli parlimen Shah Alam itu ketika dihubungi.

Tidak jelas bahagian manakah daripada ucapan pemimpin pelajar tersebut yang dianggap sebagai menghasut.

Tiada ulasan: