HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Mac 2012

Pilihan raya umum antara Mei dan September

"Orang tua kata, ayam berkokok tanda hari nak siang, kalau orang pergi membeli belah, tanda hari nak raya," kata Setiausaha Penawar, Datuk Tengku Mahmud Mansor.



PETALING JAYA: Kalangan bekas pemimpin dan penganalisis politik tempatan meramalkan pilihan raya umum 13 akan diadakan antara bulan Mei dan September tahun ini.

Kata mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada tarikh tersebut kerana untuk menunggu tahun depan terlalu lambat.

Tarikh akhir untuk membubarkan Parlimen ialah sehingga bulan Mac 2013.

Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) meramalkan bulan Mei dan Jun adalah masa yang terbaik kerana ekonomi negara amat baik.
“Lepas bulan Mei atau Jun, sudah menjadi anti klimaks kerana ada kemungkinan harga petrol akan naik. Kalau petrol naik, barangan keperluan akan ikut naik.

“Saya juga melihat petanda pilihan raya umum akan diadakan bulan Mei atau Jun ialah kekerapan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang bertemu rakyat.

“Orang tua kata, ayam berkokok tanda hari nak siang, kalau orang membeli belah, tanda hari nak raya,” kata Setiausaha Penawar, Datuk Tengku Mahmud Mansor.

Najib tinjau tarikh

Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz pula berkata, beliau tidak boleh meramalkan bila parlimen akan dibubarkan.

Menurutnya, hanya Perdana Menteri yang mengetahuinya dan Najib mungkin sedang meninjau tarikh.

Bagi penganalisis politik tempatan berkata, Datuk Mohd Mustafa Ishak, Najib dijangka membubarkan Parlimen setelah sudang Dewan Negara selesai bulan April ini.

“Jika tidak bulan Mei, saya ramalkan pada bulan September,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Katanya, tidak mungkin Parlimen dibubarkan pada bulan Jun kerana Julai adalah bulan puasa.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tunggu sajalah pengumuman rasmi dari PM. Yang penting SPR kena baiki sistem mereka, rakyat yang cukup umur pergi daftarkan diri.

Tanpa Nama berkata...

ba kalau sudah tahu bila tarikh pilihanraya, rajin2 la turun padang selesaikan masalah rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Ramalan demi ramalan dibuat tapi masih juga tiada yang tepat. Apapun, harap2 semua persediaan sudah cukup dilaksanakan seawalnya.

Green Sabah berkata...

Hope that those who have not register will do so before Sunday to be eligible to vote if the election are to be held in June.

Tanpa Nama berkata...

ini hnya ramalan, sebelum ini pun byk jg ramalan. apapun, kita nntikan pengumuman dari CM.

Hamdan Hadillah berkata...

Kita tunggu saja bila PRU akan diadakan yang pasti akan diumumkan oleh PM kita sendiri nanti.

Hamdan Hadillah berkata...

PRU semakin dekat..Ini sudah nampak kerana semakin banyak isu dibangkitkan dan ramai wakil mula turun padang.

sabahissues berkata...

Apa pun tarikh yg akan diputuskan kelak, yg pastinya adalah BN akan menang besar lagi & mungkin akan mengambil kembali beberapa negeri pembangkang...