HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Mac 2012

Rebet Elektrik RM20 Ke Bawah Dilanjutkan Hingga Akhir Tahun

MSTAR ONLINE

PUTRAJAYA: Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Rabu.

Beliau berkata 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebet itu.

"Ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik sehingga Disember tahun ini.

"Kerajaan telah membelanjakan RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebet ini," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di sini.

Chin berkata kerajaan telah memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah. - BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rebet elektrik ini memang sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka yang berpendapatan rendah. Adakah ia akan dihapuskan selepas 2012?

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang mempunyai bil kurang dari RM20 sebulan memang kurang penggunaan elektrik. Tapi ada yang tidak memuaskan hati pengguna di mana pihak yang ditugaskan untuk menentukan kadar penggunaan dan bayaran bil isi rumah tidak jalankan tugas dengan betul. mereka bukan check tiap bulan dari rumah ke rumah malah bil pun datang secara tiba2. mereka hanya mengagak2 saja bayaran bil pengguna.

Green Sabah berkata...

Good for those consumers who uses less electricity below RM20. Also please be reminded that Earth Hour is tomorrow!

Tanpa Nama berkata...

bgslah jika ia dilanjutkan, ia akan menggalakkan lagi penjimatan elektrik.

Hamdan Hadillah berkata...

Harap rebet sebegini akan terus dikekalkan bagi memastikan mereka yang tidak sampai penggunaan RM20 akan dapat menikmati rebet berkenaan,.

Hamdan Hadillah berkata...

Semoga kerajaan akan meneruskan usaha bagi membantu rakyat.

evan medhousky berkata...

jika ianya tidak mendatangkan kesan buruk kepada ekonomi negara, baik ia dilanjutkan saja ke tahun2 berikutnya..