Fokus
Umno kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam perhimpunan agung sedang
berlangsung menunjukkan parti nasionalis Melayu itu melihat pakatan
pembangkang sebagai pencabar kuat, mencabar dominasi berterusan
kekuasaan mereka, kata penganalisis.
Ramai pemimpin Umno, termasuk
presiden parti Datuk Seri Najib Razak, memberi amaran kepada rakyat
Malaysia supaya jangan mengundi PR disebabkan kekurangan perpaduan dan
pengurusan ekonomi yang lemah.
Ketua
eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful
Wan Jan menegaskan perbahasan dan sentimen dalam Umno adalah refleksi
kepada politik Malaysia.
“Saya
fikir ini adalah satu petunjuk jelas mereka sedang menyiapkan diri
untuk pilihan raya. Malangnya di Malaysia, pilihanraya adalah sentiasa
mengenai kelemahan pihak lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Menurutnya,
Umno bermain permainan sama dengan PR yang seringkali menyerang
gabungan Barisan Nasional (BN) dan Umno, tetapi memberikan sedikit
cadangan polisi.
Walau
bagaimanapun, Wan Saiful berkata terdapat kekurangan idea dasar
ditawarkan oleh Umno dalam perhimpunan agung ini, “Saya benar-benar
berharap untuk melihat beberapa idea-idea baru.”
Beliau berkata kekerapan Umno bercakap tentang PR menunjukkan ia takut dengan musuh politiknya itu.
“Lebih
banyak mereka bercakap tentang musuh, menunjukkan mereka takut kepada
musuh itu … mereka sebenarnya merasakan Pakatan adalah ancaman, “kata
Wan Saiful.
Beliau
bersetuju Najib kurang mengkritik PR dalam ucapan dasar semalam, tetapi
menambah sayap parti tersebut masih kelihatan defensif.
“Nada
masih mengenai ‘lebih baik kita bangkit sekarang jika tidak kita
mungkin kehilangan kuasa’“ katanya, merujuk kepada perbahasan sayap
Pemuda, Wanita dan Puteri.
Prof Datuk
Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya (UM) berkata Umno memberi
tumpuan kepada persaingan dengan PR kerana mahu mengekalkan statusnya
sebagai parti politik utama dan “kuasa muktamad” di negara ini.
“Itulah
sebabnya ia melihat PR sebagai pesaing serius. Sekarang buat pertama
kalinya, mereka perlu memastikan Umno kekal kuat dan berkuasa,“
katanya, menunjukkan kemungkinan “yang amat nyata” PR memusnahkan
dominasi Umno “terbukti dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.”
Dr Mohd
Azizuddin Mohd Sani, penganalisis politik dari Universiti Utara
Malaysia (UUM) berkata adalah “biasa” bagi Umno mengkritik PR, tetapi
menambah adalah lebih baik kedua-duanya bersaing soal dasar.
“Saya fikir ia adalah perkara biasa mengkritik Pakatan kerana Pakatan
adalah pesaing mereka,” katanya, kemudian menambah “tetapi saya fikir
lebih baik untuk mengkritik dasar dan bukannya peribadi.”
Beliau
berkata BN kelihatan kekurangan idea-idea baru dan meletakkan terlalu
banyak tumpuan kepada asas sokongan tradisional luar bandar.
Tetapi
kedua-dua Azizuddin dan Mohamad menyatakan ucapan Najib tidak hanya
terhad kepada serangan ke atas PR, tetapi juga menyentuh isu-isu lain
seperti dasar transformasi untuk negara.
“Sudah
tentu, untuk mengatakan Umno tidak memberi tumpuan kepada
perkara-perkara lain adalah tidak betul,” kata Mohamad, sambil menambah
topik lain seperti Pencapaian Umno dan kejayaan turut disebut.
Mohamad juga berkata Umno “tidak bertindak balas seperti” serangan PR, kerana parti itu mahu untuk memperojekkan imej berbeza.
“Mereka
mahu menunjukkan perbezaan dari PR, itulah sebabnya walaupun terdapat
serangan kepada PR, mereka tidak pergi ke tahap yang sama, “katanya.
Perwakilan Umno menyokong pandangan Mohamad dengan berkata, parti itu tidak akan menggunakan bahasa kasar apabila berurusan dengan pembangkang.
Perwakilan Umno menyokong pandangan Mohamad dengan berkata, parti itu tidak akan menggunakan bahasa kasar apabila berurusan dengan pembangkang.
“Umno
tidak gunakan bahasa keras, ini bukan budaya Umno. Ini budaya PAS dan
PKR. Kita tidak gunakan budaya marah. Yang penting negara kita maju,
semua pun gembira.”
“Kami akan
berubah dan generasi muda akan kembali kepada Umno,” kata timbalan
ketua bahagian Ampang, Aziz Mat Derus kepada The Malaysian Insider
semalam.
Ketua
cawangan Kuala Muda Abdul Wahid Abdullah berkata parti itu menumpukan
kepada persiapan pilihan raya, menekankan bahawa perpaduan di kalangan
ahli-ahli parti adalah penting.
“Kita
tidak menggunakan bahasa keras, macam Datuk Seri (Najib Razak) sendiri
pun banyak meminta maaf kepada rakyat atas apa kesilapan yang kita
lakukan,dan kita harap supaya diberi peluang kedua kepada Umno.”
“Kami
sudah 93 peratus bersiap sedia, dan yang penting kena kerja kuat bagi
memastikan kemenangan untuk Umno.Tak kisah siapa jadi calon, kami akan
kerja keras,” katanya.
PRU ke 13
akan datang dijangka menyaksikan pertembungan sengit diantara BN dan PR
apabila mandat kerajaan persekutuan tamat pada akhir bulan April tahun
hadapan.