HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 November 2012

PRU13: Wanita Umno minta kuota calon 30 peratus

RAZIATUL HANUM A. RAJAK

PRU13: Wanita Umno minta kuota calon 30 peratus
Sebahagian daripada perwakilan Wanita Umno
 
KUALA LUMPUR - Perwakilan Kelantan, Rita Sarbanon mencadangkan agar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan kuota calon 30 peratus kepada golongan wanita bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Mas melahirkan keyakinan cadangan itu akan direstui oleh pucuk pimpinan.

Mengambil bahagian dalam perbahasan Perhimpunan Agung Wanita Umno, hari ini, katanya, "kami sokong saranan Ketua Pergerakan Wanita Umno untuk merapatkan saf bagi memastikan kemenangan dalam PRU13."
"Sekurang-kurangnya 30 peratus calon adalah wanita untuk PRU13," katanya.

Sementara itu, perwakilan Kedah merangkap Ketua Penerangan Wanita Bahagian Langkawi, Halijah Puteh menyokong cadangan tersebut.

Katanya, "kerana selama ini, wanita yang buat kerja, turun padang, kena maki cerca pembangkang."

Pada masa sama, beliau juga memohon Najib untuk mengembalikan semula jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Kembalikanlah beliau ke tempat yang sewajarnya selepas PRU13 nanti," katanya.

Tiada ulasan: