HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 November 2012

Ucapan Najib Di Perhimpunan UMNO Terakhir Hambar, Ulangi Skrip Lama

KELAB GREENBOC

Di Dewan Merdeka di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi apa yang pernah diperkatakannya sejak mengambilalih kuasa sejak tiga tahun lalu.

Antara fokus intipati ucapan perasmian ke 66 perhimpunan agung Umno pagi ini ialah mengajak rakyat menolak pembangkang dalam pilihan raya ke 13 kelak.

Beliau terus memperlekehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu janji Pakatan Rakyat dalam PRU 13.

Beliau tidak menyebut nama Anwar sebaliknya hanya menyebut sebagai Ketua Pembangkang dan bekas Menteri Kewangan ataupun Ketua Umum PkR.

Najib juga memperlekehkan PAS, PKR dan DAP yang menurutnya asas perjuangan berbeza walaupun bernaung di bawah satu pakatan.

Beliau juga menyebut betapa rakyat perlu terus menyokong Umno dan BN dalam mengemudi negara.

Bagaimanapun, beberapa ahli Umno yang ditemui berkata, ucapan Najib sama seperti yang diucapkan dalam perhimpunan Umno tahun lalu atau mana-mana program politik yang lajn.

Ismail Utip berkata, ucapan dan peringatan Najib sudah berkali-kali didengar sejak beberapa bulan lalu.

`Macam dulu’

“Syok…tapi sama macam dulu juga,” katanya sambil ketawa.

Menurut beliau lagi, ucapan ini merupakan peringatan kepada orang Melayu dan ahli Umno supaya menyokong parti yang boleh membela rakyat.

Bagaimanapun, Hamzan Ghani dari Kelantan bertanya adakah ucapan Perdana Menteri itu boleh memberi kesan kepada rakyat Kelantan. -FMT

“Saya harap Najib boleh merampas Kelantan…kalau tidak semangat itu sia-sia saja.

“Adakah pemimpin Umno di Kelantan insaf dengan amanat Najib?,” tambahnya. -FMT


Pastikan ini perhimpunan Umno terakhir – Saifuddin

KUALA LUMPUR 29 November: Ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini merupakan bayangan kepada rakyat bahawa parti itu sudah hilang kewibawaan.

“Ucapan Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar dan polisi, bukannya menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Najib pagi tadi menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan perwakilan Umno.

“Najib hanya menyerang Anwar dan Pakatan. Sejak 14 tahun lalu Anwar sering dijadikan sasaran untuk serangan peribadi oleh pemimpin Umno,” kata Saifuddin ketika dihubungi.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, kenyataan Najib membayangkan betapa takutnya jika beliau dan Umno kalah dalam pilihan raya nanti.

Malah ia juga tanda perhimpunan itu adalah yang terakhir untuk Umno sebagai kerajaan, kata Saifuddin.

“Umno sudah selesa memegang kuasa selama 55 tahun. Sekarang mereka tahu mereka bakal kehilangannya.

Sebab itu mereka jadikan perhimpunan ini sebagai tempat untuk caci, maki Pakatan Rakyat,” katanya.

“Ucapan Najib dan pimpinan Umno langsung tidak membawa kebaikan kepada bangsa dan agama.

“Perwakilan pula dengan membuta tuli ikut sama dengan ucapan tak berfaedah. Itulah Umno…,” kata Saifuddin.

Tiada ulasan: