HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 November 2012

MB : Tanah Selangor Bukan Untuk ‘Tauke Sewa’




SHAH ALAM  : Tanah untuk aktiviti komersial seperti perniagaan atau pertanian akan dijual pada harga pasaran supaya hasil penjualan itu dapat disalurkan kepada negeri dan rakyat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ini berbeza dengan pendekatan pentadbiran Umno-BN dahulu yang memberikan tanah tanpa penilaian yang berpatutan.

Abdul Khalid berkata tanah juga hanya akan diberikan kepada pemilik yang juga pengusaha atau owner-operator.

Ianya bukan untuk ‘rentier’ atau ‘tauke sewa’ iaitu mereka yang ingin memajak atau menyewakan tanah berkenaan kepada orang lain.

“Bukan seperti dahulu, tanah diberikan secara terlalu murah, kini kita akan menawarkan tanah mengikut dasar perniagaan dan harga semasa.

“Duit yang kita perolehi ini juga akan digunakan kembali untuk keuntungan rakyat,” ujar beliau menjawab soalan lisan daripada Adun Dengkil, Datuk Marsum Paing mengenai Lesen Menduduki Tanah Sementara (TOL) yang diberikan kepada pengusaha tanaman.

Tiada ulasan: