Surat khbar Utusan Malaysia kemungkinan akan hilang lenyap dari atas muka bumi ini sekiranya lembaga pengarah dan editorial akhbar berkenaan tidak mengambil langkah awal meletakkan ahbar berkenaan di atas paksi kewujudannya yang sebenar. Sekiranya akhbar itu tidak dilakukan perubahan drastik Utusan Malaysia hanya akan meninggalkan nama saja didunia ini tanpa jasadnya lagi.
Kemungkinan ini dirasakan terjadi apabila jualan akhbar berkenaan merosot teruk setiap hari. Dari sumber dalaman memberi tahu jumlah edaran akhbar itu kini 70,000 perhari. Kedudukan syarikat Utusan Malelayu (M) Berhad juga senafas dengan parti yang didokongnya Umno yang kini nyawanya berada di hujung pedang.
Dalam kenyataan urusniaga terbarunya menunjukkan Utusan Melayu (M) Berhad mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Keuntungan tahun lepas bukan kerana hasil jualan dan uruniaga lain termasuk iklan tetapi kerana penjualan anak syarikatnya Utusan Print Corp Sdn. Bhd.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.
Kesusutan pendapatan itu disebabkan jualan akhbar berkenaan merudum teruk. Utusan bukan lagi menjadi bacaan wajib bagi orang Melayu. Semua ini ialah kerana kredibiliti akhbar berkenaan haprak bila mana banyak kes-kes saman ke atasnya akhbar berkenaan kalah dan terpaksa membayar jutaan ringgit.
Pembaca yang sebelum ini menjadikan akhbar itu sebagai cake untuk dihirup bersam kopi waktu pagi juga sudah mengubah tabiat dengan memilih akbar lain yang lebih berwibawa. Ini semua berlaku kerana sikap akhbar berkenaan bukan lagi menjadi media yang membangun minda sosial secara profesional sebaliknya menjadi lidah penyambung lidah-lidah pemimpin Umno yang bercakap syok sendiri di samping kaporan tidak adil.
Ekoran kemerosotan julan dan pendapatan syarikat itu juga telah menjual anaknya syarikatnya Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Penjualan anak syarikat itu dirasakan sebahagian persediaan untuk penggulungan syarikat akhbar berkenaan sebaik saja Umno tewas.
Perkembangan 'masam' mengenai akhbar milik Umno itu ia berpotensi untuk tutup sebaik saja partinya kalah terus dan tidak memegang teraju selepas pilihan raya akan datang. Sesungguhnya penutupan Utusan Melayu akan membawa ketenangan buat orang Melayu di negara ini yang digumbal dengan fitnah, provokasi dan penyiaran berita-berita yang tidak boleh dipertanggungjawab.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan